Judul : Merpati Disyaki ‘Perisik’ Ditangkap
link : Merpati Disyaki ‘Perisik’ Ditangkap
Merpati Disyaki ‘Perisik’ Ditangkap
NEW DELHI – Seekor burung merpati yang disyaki perisik China, ditahan di kawasan pertikaian di sempadan China-India pada minggu lalu.
Menurut laporan media India, burung berkenaan ditangkap oleh penduduk kampung Arunachal Pradesh di daerah Anjaw pada 20 Mei lalu dan mempunyai label yang ditulis dalam angka Cina.
Penangkapan burung itu menimbulkan syak wasangka bahawa tentera China menggunakan burung merpati untuk melakukan risikan di wilayah India.
Portal Hindustan Times melaporkan, kejadian itu merupakan yang pertama berlaku di daerah tersebut yang terlibat dalam konflik antara India dan China.
Kes tersebut dirujuk kepada jabatan perhutanan untuk siasatan lanjut tentang penggunaan label Cina yang dipasang pada kaki kiri burung tersebut.
Pegawai jabatan itu berkata, label itu mungkin digunakan untuk tujuan kajian tetapi mereka tidak mendedahkan sama ada burung tersebut dipasang dengan alat pengesan isyarat atau kamera.
Kedua-dua negara terlibat dalam pertikaian diplomatik pada pertengahan Mei lalu selepas India enggan terlibat dalam projek mega Laluan Sutera yang diusahakan oleh China. – mStar Online
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s1tnEL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Merpati Disyaki ‘Perisik’ Ditangkap
Anda sekarang membaca artikel Merpati Disyaki ‘Perisik’ Ditangkap dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/merpati-disyaki-perisik-ditangkap.html
0 Response to "Merpati Disyaki ‘Perisik’ Ditangkap"
Catat Ulasan