Judul : Mesin ATM, Perbankan Internet Digodam Hanya Khabar Angin
link : Mesin ATM, Perbankan Internet Digodam Hanya Khabar Angin
Mesin ATM, Perbankan Internet Digodam Hanya Khabar Angin
KUALA LUMPUR: Berita mengenai gangguan terhadap perbankan dalam talian/Internet dan perkhidmatan pengeluaran wang automatik (ATM) disebabkan serangan ransomware, yang tular di media sosial sekarang ini adalah tidak benar.
Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) berkata, bank yang menawarkan perbankan dalam talian/Intenet dan perkhidmatan ATM kini beroperasi seperti biasa.
“Manakala sesetengah bank di seluruh negara mungkin mengalami gangguan sekali-sekali dalam tempoh ini. Gangguan perkhidmatan ATM itu mungkin disebabkan masalah penyelenggaran biasa seperti keperluan pengisian semula mesin atau pengurusan sistem rutin,” katanya.
ABM berkata, industri perbankan komersil memandang serius hal-hal keselamatan siber dan sentiasa berwaspada dalam menguruskan risiko berkaitan perkara itu.
Usaha dibuat secara berterusan bagi memastikan langkah kawalan dan penyeimbangan rapi dengan pemantauan transaksi yang tepat pada masanya, tambah ABM.
Sumber: Bernama
Koleksi video viral edisi 2017
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pW3Mw6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Mesin ATM, Perbankan Internet Digodam Hanya Khabar Angin
Anda sekarang membaca artikel Mesin ATM, Perbankan Internet Digodam Hanya Khabar Angin dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/mesin-atm-perbankan-internet-digodam.html
0 Response to "Mesin ATM, Perbankan Internet Digodam Hanya Khabar Angin"
Catat Ulasan