Loading...

MIC tetap tanding kerusi DUN Buntong

Loading...
MIC tetap tanding kerusi DUN Buntong - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MIC tetap tanding kerusi DUN Buntong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MIC tetap tanding kerusi DUN Buntong
link : MIC tetap tanding kerusi DUN Buntong

Baca juga


MIC tetap tanding kerusi DUN Buntong

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
IPOH: MIC berhasrat untuk terus bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Buntong di sini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berdasarkan persetujuan yang disuarakan pimpinan parti di peringkat pusat.
 
Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, Datuk M. Saravanan berkata pihaknya melihat tiada sebab untuk kerusi DUN berkenaan yang kini disandang oleh DAP diserahkan kepada parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN).
 
Katanya, pelbagai aktiviti berbentuk kemasyarakatan yang dianjurkan MIC turut mendapat sambutan daripada semua golongan termasuk para belia di kawasan DUN tersebut.
 
"Aktiviti yang dijalankan MIC di DUN Buntong bukan hanya mengambil kira berkaitan pilihan raya malah ia dilaksanakan demi meningkatkan taraf ekonomi dan sosial terutama masyarakat kaum India di sini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian pertandingan bola sepak sembilan sebelah di sini pada Ahad.
 
Pada 5 Mac lepas, Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP), Tan Sri M Kayveas berkata pihaknya berhasrat untuk bertanding di kerusi DUN Buntong sekiranya diberi peluang oleh pucuk pimpinan tertinggi BN.
 
Saravanan, yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, berkata hasrat yang diluahkan oleh Kayveas itu tidak lebih daripada cadangan peribadi beliau atau MyPPP sendiri.
 
"Kita hormati cadangan beliau itu namun setakat ini masih ada pimpinan MIC yang layak untuk dicalonkan di DUN Buntong," katanya.
 
Pada PRU13 pada 5 Mei 2013, calon DAP A. Sivasubramaniam menang kerusi DUN Buntong dengan mengalahkan calon BN, C. Sivarraajah dari MIC dan dua calon Bebas - Sebastiar Iruthiyam dan Mohd Basri Safie - dengan majoriti 8,629 undi.
 
 


Demikianlah Artikel MIC tetap tanding kerusi DUN Buntong

Sekianlah artikel MIC tetap tanding kerusi DUN Buntong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MIC tetap tanding kerusi DUN Buntong dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/mic-tetap-tanding-kerusi-dun-buntong_28.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MIC tetap tanding kerusi DUN Buntong"

Catat Ulasan

Loading...