Judul : Nak mandi sungai, tapi terjumpa mayat lelaki tergantung pada pokok
link : Nak mandi sungai, tapi terjumpa mayat lelaki tergantung pada pokok
Nak mandi sungai, tapi terjumpa mayat lelaki tergantung pada pokok
Niat seorang pelajar berusia 18 tahun untuk mandi di Sungai Pecah Batu, Trong, di sini tidak kesampaian apabila dia dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki yang tergantung pada tali di pokok.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, mangsa dikenali sebagai Yeng Yong Sooi, 54, dari Trong dipercayai telah meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kepala mangsa telah tergantung dengan tali nylon di sebatang pokok.
Menurutnya, kaki mangsa pula berada di atas motosikal dan sebelah lagi di bawah.
“Motosikal yang berada di tempat kejadian pula adalah milik mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Dalam perkembangan berkaitan, Harrith Kam berkata, mayat berkenaan kemudiannya di bawah ke Hospital Taiping untuk proses bedah siasat.
“Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia kerana menggantung diri.
“Difahamkan tidak ada saksi semasa kejadian dan tidak ada sebarang unsur perbuatan jenayah.
“Sehingga kini, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mencari ahli keluarga ataupun kenalan mangsa bagi mengetahui punca mangsa menggantung diri,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rSfWHS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Nak mandi sungai, tapi terjumpa mayat lelaki tergantung pada pokok
Anda sekarang membaca artikel Nak mandi sungai, tapi terjumpa mayat lelaki tergantung pada pokok dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/nak-mandi-sungai-tapi-terjumpa-mayat.html
0 Response to "Nak mandi sungai, tapi terjumpa mayat lelaki tergantung pada pokok"
Catat Ulasan