Loading...
Judul : Nilai Ekonomi dan Dagangan Negara Ditingkat Kepada RM2.0 Trilion Menjelang 2025 - Najib
link : Nilai Ekonomi dan Dagangan Negara Ditingkat Kepada RM2.0 Trilion Menjelang 2025 - Najib
Nilai Ekonomi dan Dagangan Negara Ditingkat Kepada RM2.0 Trilion Menjelang 2025 - Najib
SHAH ALAM: Kerajaan akan terus berusaha meningkatkan aspek nilai ekonomi dan dagangan semasa negara sebanyak RM1.3 trilion kepada RM2.0 trilion menjelang tahun 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau menegaskan, demi memastikan Malaysia terus makmur lagi berjaya, negara ini perlu menggiatkan usaha bagi merancakkan aktiviti-aktiviti ekonomi termasuk memacu lebih banyak penyertaan swasta dalam ekonomi negara menerusi pelaksanaan Program Transformasi Negara (NTP).
Ketika berucap melancarkan Laporan Tahunan NTP di sini malam ini, Perdana Menteri berkata aktiviti pelaburan sektor swasta juga terbukti telah meningkat daripada 55 peratus pada tahun 2010 kepada 67 peratus pada 2016.
NTP turut menetapkan sasaran sebanyak 100 syarikat multinasional (MNC) atau MNC baharu untuk beroperasi di Kuala Lumpur dan menjadikan ibu negara sebagai pusat operasi serantau mereka menjelang tahun 2020.
Malah, kata Perdana Menteri, sehingga tahun 2016, InvestKL telah berjaya membawa masuk sejumlah 64 MNC ke tanah air.
"Ini membuktikan keyakinan para pelabur semakin kukuh terhadap iklim ekonomi Malaysia yang kondusif, dan dasar-dasar kerajaan yang pro-perniagaan," kata Najib.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata NTP turut menyumbang kepada daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan asing dengan jumlah pelaburan langsung asing (FDI) meningkat kepada RM41 bilion tahun lepas berbanding hanya RM5.1 bilion pada 2009.
Jumlah ini, kata Najib, tidak termasuk potensi pelaburan baharu yang bakal diterima menerusi pemeteraian 14 MoU perniagaan bersama China yang bernilai RM144 bilion.
Pada awal tahun ini juga, syarikat Saudi Aramco telah melabur sejumlah RM31 bilion dalam Kompleks Bersepadu Pengerang di Johor yang merupakan pelaburan asing tunggal terbesar pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, setakat hari ini.
Menurut Najib, hasil kunjungan rasmi beliau dan delegasi kerajaan ke India baru-baru ini juga telah berjaya membawa pulang potensi pelaburan bernilai RM158.4 bilion menerusi pemeteraian sebanyak 31 MoU perniagaan.
Selain itu, Perdana Menteri menegaskan, Malaysia tidak ketinggalan dalam Industri 4.0 atau Revolusi Perindustrian Keempat di peringkat global yang datang dalam kombinasi pelbagai bentuk ejen perubahan seperti teknologi maklumat dan internet, robotik, teknologi nano, automasi serta percetakan 3D.
Laporan Forum Ekonomi Dunia menjangkakan Revolusi 4.0 itu akan memberi kesan amat signifikan kepada pasaran buruh dan pekerjaan, termasuk peluang pekerjaan baharu menerusi Ekonomi Digital yang dianggap sebagai industri masa depan.
"Pelancaran DFTZ (Zon Perdagangan Bebas Digital) pada 23 Mac lalu bakal menjadikan Malaysia sebagai hab ekonomi digital pertama dunia di luar negara China.
"DFTZ ini menerusi inisiatif Kuala Lumpur Internet City, akan dimajukan di Bandar Malaysia sebagai hab e-dagang.
"Insya-Allah, menerusi inisiatif seperti ini, kerajaan menjangkakan Ekonomi Digital mampu mewujudkan 60,000 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi baharu sekali gus berupaya menyumbang hasil lebih 20 peratus kepada KDNK (keluaran dalam negara kasar) Malaysia," kata Najib. - BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ry9sk0
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Nilai Ekonomi dan Dagangan Negara Ditingkat Kepada RM2.0 Trilion Menjelang 2025 - Najib
Sekianlah artikel Nilai Ekonomi dan Dagangan Negara Ditingkat Kepada RM2.0 Trilion Menjelang 2025 - Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Nilai Ekonomi dan Dagangan Negara Ditingkat Kepada RM2.0 Trilion Menjelang 2025 - Najib dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/nilai-ekonomi-dan-dagangan-negara.html
0 Response to "Nilai Ekonomi dan Dagangan Negara Ditingkat Kepada RM2.0 Trilion Menjelang 2025 - Najib"
Catat Ulasan