Loading...

Nora Danish Fail Saman Fitnah Terhadap Fasha

Loading...
Nora Danish Fail Saman Fitnah Terhadap Fasha - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nora Danish Fail Saman Fitnah Terhadap Fasha, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nora Danish Fail Saman Fitnah Terhadap Fasha
link : Nora Danish Fail Saman Fitnah Terhadap Fasha

Baca juga


Nora Danish Fail Saman Fitnah Terhadap Fasha


BERIKUTAN kenyataan panas Fasha Sandha baru-baru ini menerusi laman Instagram yang dikatakan membabitkan dirinya, pelakon terkenal Nora Danish telah bertindak menfailkan saman fitnah terhadap bintang itu, semalam.

Menurut Nora, tindakan itu diambil ekoran Fasha mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat sekali gus telah menjejaskan reputasi syarikat dan maruah keluarganya.

“Kerosakan sudah dibuat dan saya menerima impak teruk terhadap perniagaan dan maruah keluarga saya.

“Jadi saya telah mengupah peguam dan tindakan undang-undang telah diambil atas tuduhan fitnah yang dibuat terhadap saya.

“Saya tiada masalah untuk berjumpa dengan dia (Fasha).

“Malah saya juga sangat bersedia untuk naik turun mahkamah jika perkara ini berlarutan,” kata Nora ketika sidang media di Publika, seperti yang dipetik di Astro Gempak.

Jelasnya, dia juga tidak tahu menahu tentang insiden halau-menghalau yang didakwa Fasha itu dan mengapa pula dia sanggup bertindak sedemikian sedangkan itu bukan majlisnya.

Selain menfailkan saman terhadap Fasha, Nora turut mengambil tindakan undang-undang kepada seorang blogger yang dikatakan mengemas kini status berbaur fitnah dan berat sebelah.


Persengketaan ini bermula apabila Fasha mendakwa dia telah ‘dihalau’ daripada sebuah majlis pertunjukan fesyen anjuran sebuah syarikat tekstil terkemuka malam Rabu.

Dakwanya, seorang artis konon akan menarik diri daripada muncul dalam pertunjukan fesyen tersebut sekiranya Fasha, 33, hadir ke majlis berkenaan yang berlangsung di salah sebuah hotel ternama di ibu negara.

Konflik menjadi lebih panas apabila Fasha turut membabitkan keluarga Nora dengan mendakwa keluarganya hidup ditanggung orang.

Seperti umum mengetahui, kedua-dua aktres ini merupakan bekas isteri Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai. – MYNEWSHUB.CC


Demikianlah Artikel Nora Danish Fail Saman Fitnah Terhadap Fasha

Sekianlah artikel Nora Danish Fail Saman Fitnah Terhadap Fasha kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nora Danish Fail Saman Fitnah Terhadap Fasha dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/nora-danish-fail-saman-fitnah-terhadap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Nora Danish Fail Saman Fitnah Terhadap Fasha"

Catat Ulasan

Loading...