Loading...

Orang tengah kes rasuah polis Melaka direman enam hari

Loading...
Orang tengah kes rasuah polis Melaka direman enam hari - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Orang tengah kes rasuah polis Melaka direman enam hari, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Orang tengah kes rasuah polis Melaka direman enam hari
link : Orang tengah kes rasuah polis Melaka direman enam hari

Baca juga


Orang tengah kes rasuah polis Melaka direman enam hari

PUTRAJAYA: Seorang lelaki yang disyaki memainkan peranan sebagai 'orang tengah' direman selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah bagi melindungi pusat judi haram dan rumah urut di sekitar Melaka.

Perintah reman terhadap lelaki berumur 32 tahun itu dikeluarkan Majistret Nadia Othman selepas permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini.

Menurut sumber SPRM, lelaki itu ditahan pada pukul 9 malam tadi selepas hadir memberi keterangan berhubung kes berkenaan di ibu pejabat SPRM, di sini.

Lelaki tersebut bekerja sendiri dan disyaki berperanan sebagai orang tengah untuk mengutip wang suapan sebelum diserahkan kepada suspek-suspek yang lain, kata sumber itu.

Menurutnya akaun bank lelaki itu yang dipercayai digunakan untuk menyimpan wang suapan dan nilai rampasan masih dalam siasatan SPRM.

Lelaki itu merupakan orang awam keempat dan suspek ke-11 yang ditahan berhubung kes menerima rasuah bagi melindungi pusat judi haram serta rumah urut di sekitar Melaka, kata sumber itu.

Suspek yang memakai baju lokap berwarna jingga dengan tangan bergari tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 9 pagi.

Penahanan suspek dan 10 lagi termasuk dua ketua polis daerah merupakan usaha SPRM untuk membanteras kegiatan rasuah melibatkan judi dan rumah urut haram yang masih berleluasa ekoran sikap tidak berintegriti termasuk dalam kalang­an pihak berkuasa.

Semalam, seorang koperal polis berumur 52 tahun yang bertugas di Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka direman selama tujuh hari selepas ditahan di rumahnya di Kuarters IPK sama.

Turut dirampas semasa penahanan koperal berkenaan ialah wang tunai sebanyak RM800,000 yang disembunyikan di dalam stor kediamannya.

Sebelum itu, dua pegawai kanan polis yang bertugas di Melaka Tengah serta Jasin, seorang inspektor dan satu orang awam turut ditahan bagi membantu siasatan kes yang sama.

Selasa lalu, dua orang awam termasuk seorang pengusaha pusat judi haram yang dipercayai mempunyai 'kuasa' untuk menukar mana-mana pegawai polis yang tidak bekerjasama dengan mereka, ditahan bersama tiga pegawai polis masing-masing dua berpangkat deputi superitenden dan seorang inspektor.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qYQB1N

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Orang tengah kes rasuah polis Melaka direman enam hari

Sekianlah artikel Orang tengah kes rasuah polis Melaka direman enam hari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Orang tengah kes rasuah polis Melaka direman enam hari dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/orang-tengah-kes-rasuah-polis-melaka.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Orang tengah kes rasuah polis Melaka direman enam hari"

Catat Ulasan

Loading...