Loading...
Judul : Padan Muka! Padah Ragut Rantai Leher Pelancong
link : Padan Muka! Padah Ragut Rantai Leher Pelancong
Padan Muka! Padah Ragut Rantai Leher Pelancong
KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki cuba meragut rantai leher pelancong wanita warga India di Jalan Hang Lekiu, petang semalam mengundang padah apabila dia dipukul orang awam yang menangkapnya sebelum diserahkan kepada polis.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa sedang melintas jalan sebelum dihampiri sebuah motosikal jenis Yamaha yang ditunggang suspek berseorangan yang cuba merentap rantai lehernya.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, cubaan suspek bagaimanapun tidak berjaya selepas mangsa sempat memegang rantai lehernya.
“Suspek cuba melarikan diri namun telah melanggar pembahagi jalan sehingga terjatuh.
“Orang awam yang melihat kejadian menangkap suspek dan diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, siasatan mendapati suspek yang berusia 25 tahun itu mempunyai enam rekod jenayah lampau.
Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun.
Sementara itu, video ketika suspek ditahan orang ramai menjadi tular di laman sosial.
Menerusi video tersebut, tangan suspek diikat dan ada diantara orang awam yang bertindak memukul suspek kerana berang dengan tindakannya.
Ada juga suara lelaki di dalam video tersebut mengakui suspek pernah menyamun isterinya sebelum ini sehingga menyebabkan kecederaan. – MYNEWSHUB.CC
Demikianlah Artikel Padan Muka! Padah Ragut Rantai Leher Pelancong
Sekianlah artikel Padan Muka! Padah Ragut Rantai Leher Pelancong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Padan Muka! Padah Ragut Rantai Leher Pelancong dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/padan-muka-padah-ragut-rantai-leher.html
0 Response to "Padan Muka! Padah Ragut Rantai Leher Pelancong"
Catat Ulasan