Judul : Pas dalam posisi tentukan siapa bakal menang PRU14
link : Pas dalam posisi tentukan siapa bakal menang PRU14
Pas dalam posisi tentukan siapa bakal menang PRU14
Ini meletakkan Pas dalam satu posisi unik di arena politik negara, terpencil tetapi tidak kurang pentingnya.
Jadi, kenyataan oleh pimpinan Pas bahawa parti tersebut akan menjadi 'kingmaker' atau penentu kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 ada kebenarannya.
Ini kerana bagi setiap kerusi yang Pas akan tandingi, undi orang Melayu Islam bakal berpecah sekurang-kurangnya kepada tiga parti yang berbeza.
Namun, disebabkan Pas berada di blok pembangkang, pemecahan undi ini akan memberi impikasi lebih buruk kepada undian yang ingin diraih PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan juga Parti Amanah Negara.Senario ini sudah dilihat dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar di mana Barisan Nasional bukan sahaja menang kerusi-kerusi tersebut tetapi meningkatkan majoriti undinya.
Sudah tentu, Pas mempunyai keyakinan berdasarkan kajian tersendiri yang enggan dikongsi dengan masyarakat umum.
Ini dijelaskan Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Zuhdi Marzuki yang menyatakan Pas tidak berkongsi analisanya dengan pihak lain.
"Kami telah mencuba bermacam-macam senario. Hampir 100 senario. Sasaran yang diletakkan iaitu 40 kerusi Parlimen dan peluang untuk menjadi kerajaan di 4 atau 5 negeri bukan cakap kosong," kata beliau.
Ini menunjukkan fokus Pas hanyalah kepada partinya sendiri dan pemerkasaan Gagasan Sejahtera, kerjasama politik yang diterajuinya.
Sejauh mana fokus Pas ini bakal membantu parti tersebut mencapai sasarannya tertakhluk kepada bagaimana Pakatan Harapan respon kepada halatuju Pas ini.
Sekiranya masing-masing enggan berkompromi bagi merealisasikan hasrat satu lawan satu dengan Barisan Nasional, kita bakal melihat pertembungan tiga penjuru di majoriti daripada 222 kerusi Parlimen serta kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri di serata negara.
Siapa yang bakal menang berdasarkan senario ini?
Melihat kepada analisa pemerhati politik, kelebihan berpihak kepada Barisan Nasional.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pzJbOJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Pas dalam posisi tentukan siapa bakal menang PRU14
Anda sekarang membaca artikel Pas dalam posisi tentukan siapa bakal menang PRU14 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/pas-dalam-posisi-tentukan-siapa-bakal.html
0 Response to "Pas dalam posisi tentukan siapa bakal menang PRU14"
Catat Ulasan