Loading...
Judul : PDRM kenalpasti jawatan 'panas'
link : PDRM kenalpasti jawatan 'panas'
PDRM kenalpasti jawatan 'panas'
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengenalpasti pegawai dan anggotanya yang bakal ditempatkan di jawatan atau bahagian yang dirasakan sensitif bagi mengelak masalah integriti berulang.
Antara kriteria yang menjadi keutamaan dalam penugasan ini adalah kemampuan dalam memikul tanggungjawab di sesuatu jawatan diberikan serta mempunyai aspek integriti dan amanah yang tinggi.
Sebelum ini, 16 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) ditahan selepas dipercayai memberikan maklumat kepada kumpulan kongsi gelap manakala dua Ketua Polis Daerah dan empat pegawai kanan di Melaka, ditahan kerana disyaki menerima suapan dari sindiket perjudian.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata pada masa ini di peringkat pengurusan tindakan awal adalah melihat serta mengkaji segala kelemahan yang timbul selain melakukan tindakan penambahbaikkan.
"Sudah semestinya akan ada sedikit pertukaran membabitkan pegawai dan anggota demi memastikan apa yang berlaku sebelum ini tidak akan berlaku lagi di masa hadapan.
"Bagaimanapun pada masa ini kita masih menunggu laporan terkini siasatan yang dijalankan terhadap pegawai dan anggota terbabit sebelum kita melakukan pertukaran," katanya pada Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Kadet Inspektor, di sini, pagi tadi.
Beliau berkata antara jawatan sensitif yang diberi tumpuan adalah Ketua Polis Daerah (KPD), pegawai Risikan dan Operasi (RO) dan Pegawai Turus, Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7).-BHarianOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q2IfSt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel PDRM kenalpasti jawatan 'panas'
Sekianlah artikel PDRM kenalpasti jawatan 'panas' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PDRM kenalpasti jawatan 'panas' dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/pdrm-kenalpasti-jawatan-panas.html
0 Response to "PDRM kenalpasti jawatan 'panas'"
Catat Ulasan