Loading...

Pegawai Penguat Kuasa Didakwa Tiga Pertuduhan Rasuah

Loading...
Pegawai Penguat Kuasa Didakwa Tiga Pertuduhan Rasuah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pegawai Penguat Kuasa Didakwa Tiga Pertuduhan Rasuah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pegawai Penguat Kuasa Didakwa Tiga Pertuduhan Rasuah
link : Pegawai Penguat Kuasa Didakwa Tiga Pertuduhan Rasuah

Baca juga


Pegawai Penguat Kuasa Didakwa Tiga Pertuduhan Rasuah



KUCHING - Seorang pegawai penguat kuasa di bawah Kementerian Dalam Negeri didakwa di Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini atas tiga pertuduhan menerima suapan berjumlah RM5,250 pada Jun dan Julai 2015.

Omar Mohd Bahari, 54, yang bertugas Bahagian Kawalan Filem Sarawak, mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga tuduhan itu selepas ia dibacakan di hadapan Hakim Nixon Kennedy Kumbong.

Untuk pertuduhan pertama, dia didakwa menrima rasuah sebanyak RM1,750 daripada Richard Hii Ding Yin sebagai dorongan supaya tindakan tidak diambil terhadap 11 premis yang menjual VCD dan DVD cetak rompak di kawasan Sibu.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di kafe Fifty Six Hotel, Jalan Tun Jugah dekat sini kira-kira 9.55 malam18 Jun.

Tertuduh juga di dakwa menerima RM1,750 daripada individu sama melalui akaun bank pada 7 Julai di Bank HSBC, Padungan dekat sini kira-kira 6.36 petang

Untuk pertuduhan ketiga, Omar didakwa menerima RM1,750 daripada Ding Yin melalui akaun bank pada 27 Julai di Royal City KTV, Jalan Ang Cheng Ho dekat sini pada kira-kira pukul 10.50 malam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali jumlah rasuah terbabit atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi , jika sabit kesalahan.

Hakim Kumbong membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 1 Ogos untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya How Low Chin daripada SPRM sementara Omar tidak diwakili peguam. - Bernama



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rX8F9L

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Pegawai Penguat Kuasa Didakwa Tiga Pertuduhan Rasuah

Sekianlah artikel Pegawai Penguat Kuasa Didakwa Tiga Pertuduhan Rasuah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pegawai Penguat Kuasa Didakwa Tiga Pertuduhan Rasuah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/pegawai-penguat-kuasa-didakwa-tiga.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pegawai Penguat Kuasa Didakwa Tiga Pertuduhan Rasuah"

Catat Ulasan

Loading...