Loading...

Pekerja Restoran Tewaskan Penyamun

Loading...
Pekerja Restoran Tewaskan Penyamun - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pekerja Restoran Tewaskan Penyamun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pekerja Restoran Tewaskan Penyamun
link : Pekerja Restoran Tewaskan Penyamun

Baca juga


Pekerja Restoran Tewaskan Penyamun


SHAH ALAM: Keberanian seorang pekerja sebuah restoran kopitiam berjaya mematahkan perbuatan sekumpulan penjenayah yang cuba menyamun tempatnya bekerja, semalam.

Pekerja berkenaan, Ahmad Faizalli Mohamad Abdullah Sani, 30, berkata dalam kejadian sekitar jam empat pagi itu, beliau dalam perjalanan pulang ke rumah pekerja selepas bersahur bersama rakannya.

"Rumah pekerja hanya berdekatan restoran dan ketika itu saya ternampak seorang lelaki keluar dari restoran tempat saya bekerja lalu saya menjerit seterusnya mengejar lelaki itu.

"Ketika itu, saya tidak fikirkan apa-apa termasuk keselamatan diri kerana saya cuma ingin mengejar dan akhirnya saya dapat menangkap penjenayah itu tidak jauh dari kawasan restoran.

"Nasib saya baik kerana unit peronda polis sedang melakukan rondaan dan mereka juga berjaya menahan ahli kumpulan itu," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, berkata selepas seorang penyamun ditangkap, dua lagi rakannya yang menaiki van memecut laju apabila melihat kelibat polis.

"Dua unit kereta peronda dan empat anggota Unit Ronda Bermotosikal (URB) kemudiannya mengejar dan berjaya mengepung van berkenaan di Seksyen 17, di sini.

"Ketiga-tiga suspek berusia awal 20-an itu juga kita gelar sebagai Geng Muniandy Kopitiam dan mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes pecah rumah serta restoran," katanya.

Beliau berkata, penangkapan kumpulan penjenayah itu dapat menyelesaikan kira-kira lima kes samun restoran sekitar Shah Alam sejak beberapa bulan lalu.

"Ketiga-tiga mereka direman lima hari bermula hari ini sehingga 2 Jun ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qwjX3q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Pekerja Restoran Tewaskan Penyamun

Sekianlah artikel Pekerja Restoran Tewaskan Penyamun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pekerja Restoran Tewaskan Penyamun dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/pekerja-restoran-tewaskan-penyamun.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pekerja Restoran Tewaskan Penyamun"

Catat Ulasan

Loading...