Judul : Pelawak nyanyi secara ‘live’
link : Pelawak nyanyi secara ‘live’
Pelawak nyanyi secara ‘live’
Mahu penonton terus disajikan dengan program mencuit hati, Astro tampil dengan program baru berjudul Konsert Komedi.
Membabitkan lapan artis komedi popular, program lapan episod itu akan mula bersiaran pada 12 Mei ini setiap Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Warna dan Warna HD.
Antara artis komedi yang terbabit ialah kumpulan Baik Punya Cilok, Shiro, Zero, Bocey, Nabil, Sepahtu, Datuk AC Mizal dan Senario.
Yakin dengan pemilihan peserta yang menggabungkan pelawak baru dan lama, program ini berkonsepkan persembahan nyanyian eksklusif yang turut diselangi dengan sketsa mereka.
Pengurus Saluran Astro Warna Norzeha Salleh berkata, ia konsert lawak pertama ditayangkan Astro dan yakin program unik ini dapat memberi hiburan baru kepada penonton.
“Konsert ini akan menyaksikan pelawak menyanyi secara ‘live’ di samping mereka akan menjemput beberapa artis popular.
“Saya yakin format baru ini dapat menghiburkan penonton kerana jarang sekali pelawak tampil menyanyi dan ia sesuatu yang akan membuat penonton teruja untuk menyaksikannya,” katanya.
Konsert Komedi turut menampilkan beberapa artis popular sebagai undangan antaranya Erra Fazira, Ella, Stacy, Siti Nordiana, Indah Ruhaila dan Misha Omar.
Konsert ini akan diiringi pemuzik yang diketuai pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS.
Bagi episod pertama dan kedua konsert ini akan disiarkan secara langsung manakala enam episod lagi akan dibuat secara rakaman di Studio Pinewood Iskandar Malaysia, Johor.
Sementara itu, mewakili anggota Senario, Azlee berkata, mereka berbesar hati menerima tawaran menjayakan program ini kerana ramai peminat yang rindu melihat kumpulan lawak tersohor itu beraksi.
“Kami anggap ini melunaskan hasrat peminat Senario yang mahu lihat kami bersatu dalam sebuah pentas.
“Agak lama juga kami tidak beraksi bersama-sama, dengan adanya konsert ini dapat saya, Ilya, Wahid, Saiful Apek, Yasin dan Hamdan bersatu serta berkongsi lawak dengan peminat,” katanya.
Turut hadir menyokong konsert berkenaan ialah 4U2C, Datuk Zainal Abidin, Datuk Cef Wan dan Ramlah Ram.
The post Pelawak nyanyi secara ‘live’ appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pXXuz8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Pelawak nyanyi secara ‘live’
Anda sekarang membaca artikel Pelawak nyanyi secara ‘live’ dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/pelawak-nyanyi-secara-live.html
0 Response to "Pelawak nyanyi secara ‘live’"
Catat Ulasan