Loading...
Judul : Peletakan jawatan: Azmin serah pada PAS-PKR Kelantan
link : Peletakan jawatan: Azmin serah pada PAS-PKR Kelantan
Peletakan jawatan: Azmin serah pada PAS-PKR Kelantan
Oleh Athirah Hanapiah
KAPAR: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali menyerahkan urusan berhubung peletakan jawatan wakil pimpinan PKR di Kelantan kepada kerajaan negeri itu dan pimpinan partinya di sana.
Ujar Menteri Besar Selangor itu, beliau tidak akan mencampuri urusan pentadbiran di negeri itu, sebaliknya percaya ia akan diselesaikan dengan baik di antara kerajaan negeri Kelantan dan pimpinan PKR di negeri itu.
Azmin terdahulu ditanya mengenai kenyataan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmod yang menyatakan bahawa kerajaan negeri itu masih belum menerima sebarang surat hitam putih peletakan jawatan daripada wakil PKR.
“Saya serahkan kepada kerajaan negeri Kelantan, saya tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran, saya percaya perkara ini boleh diselesaikan secara baik di antara kerajaan negeri Kelantan dengan pimpinan Keadilan (PKR) negeri Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Kunci Rumah di bawah Program Skim Smart Sewa, di sini hari ini.
Ketika ditanya bila PKR akan menyerahkan surat perletakan jawatan tersebut, Azmin hanya mengulangi keputusan yang telah dicapai sewaktu mesyuarat biro politik PKR minggu lalu.
"Keputusan telah dibuat pada minggu yang lepas," katanya ringkas.
Demikianlah Artikel Peletakan jawatan: Azmin serah pada PAS-PKR Kelantan
Sekianlah artikel Peletakan jawatan: Azmin serah pada PAS-PKR Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Peletakan jawatan: Azmin serah pada PAS-PKR Kelantan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/peletakan-jawatan-azmin-serah-pada-pas.html
0 Response to "Peletakan jawatan: Azmin serah pada PAS-PKR Kelantan"
Catat Ulasan