Judul : Peluang Tonton Konsert Red Velvet, NCT 127, Yesung (SuJu) Percuma!
link : Peluang Tonton Konsert Red Velvet, NCT 127, Yesung (SuJu) Percuma!
Peluang Tonton Konsert Red Velvet, NCT 127, Yesung (SuJu) Percuma!
Peminat Korea di Malaysia, jangan lupa untuk bersama-sama menggegarkan Pusat Konvensyen KLCC pada 23 Mei ini pada kemuncak Konsert I·SEOUL·U.
Konsert satu malam ini bakal menghimpunkan artis pujaan ramai, YeSung yang juga dikenali ramai sebagai salah seorang anggota kumpulan band lelaki K-pop Super Junior yang baru-baru ini melancarkan album solo kedua ‘Spring Falling’.
Kemeriahan konsert turut digegarkan dengan persembahan salah satu kumpulan K-pop wanita terhangat, Red Velvet dan NCT 127 iaitu sub-unit kedua kumpulan band lelaki NCT. Persembahan konsert selama dua jam ini menjanjikan aksi penuh bertenaga khas buat peminat.
Penyanyi rap tempatan, Altimet dan trio pop De Fam akan memulakan aksi pembukaan pada malam itu.
Bersempena konsert gilang gemilang ini, penaja konsert Seoul Metropolitan Government akan menganjurkan pentas khas berkonsepkan Korea di Pavilion Kuala Lumpur untuk mempromosikan Seoul sebagai destinasi utama pelancong pada hari sama.
Peminat Korea boleh mengambil kesempatan ini dengan mengunjungi Pavilion dan menikmati segalanya mengenai Korea terutamanya makanan halal Korea, terjunan bebas melalui pengalaman maya, tarian K-pop dan banyak lagi aktiviti yang menyeronokkan.
Masuk adalah percuma bagi kedua-dua acara, bagaimanapun peminat perlu menebus tiket untuk Konsert I·SEOUL·U bermula 11 Mei ini.
Sebarang maklumat lanjut mengenai penebusan tiket, sila layari http://ift.tt/1bNLODv atau hubungi talian +603 9222 8811.
The post Peluang Tonton Konsert Red Velvet, NCT 127, Yesung (SuJu) Percuma! appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r4Hs4f
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Peluang Tonton Konsert Red Velvet, NCT 127, Yesung (SuJu) Percuma!
Anda sekarang membaca artikel Peluang Tonton Konsert Red Velvet, NCT 127, Yesung (SuJu) Percuma! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/peluang-tonton-konsert-red-velvet-nct.html
0 Response to "Peluang Tonton Konsert Red Velvet, NCT 127, Yesung (SuJu) Percuma!"
Catat Ulasan