Loading...
Judul : Pemain JDT Lafaz Ikrar Bebas Rasuah
link : Pemain JDT Lafaz Ikrar Bebas Rasuah
Pemain JDT Lafaz Ikrar Bebas Rasuah
Pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi pasukan bola sepak pertama dari selatan tanah air menandatangani Ikrar Bebas Rasuah
IBR yang dipelopori Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu bertujuan menzahirkan komitmen untuk memastikan sukan bola sepak negara bebas daripada anasir jenayah rasuah dan salah guna kuasa.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan) Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil berkata, usaha ini secara tidak langsung dapat mengelak berlakunya isu-isu rasuah dan mengatur perlawanan dalam arena bola sepak tanah air, sekali gus memastikan ia berjalan dengan baik.
“Menerusi kerjasama ini, semua pihak sudah mempunyai tempat rujukan sekiranya rasuah dan mengatur perlawanan berlaku dalam arena bola speak tanah air selepas ini,” katanya dalam satu kenyataan media, Isnin.
Seramai 41 pemain termasuk kelab bola sepak JDT melafazkan ikrar, diketuai pemain JDT Safiq Rahim.
Majlis berlangsung di sebuah hotel di Johor Bahru, disaksikan Shamshun Baharin.
Turut hadir Presiden Persatuan Bola Sepak Johor Datuk Ismail Karim, Naib Presiden I, Datuk Zulkurnain Kamisan dan Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias.
Ismail berkata kerajasama dengan SPRM ini adalah bagi memenuhi hasrat dan titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya kelab ini mempunyai integriti tinggi dan bebas gejala rasuah.
Sebelum ini Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) dan pasukan bola sepak Selangor turut menandatangani dan melafazkan IBR. – mStar Online
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oZN6mP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Pemain JDT Lafaz Ikrar Bebas Rasuah
Sekianlah artikel Pemain JDT Lafaz Ikrar Bebas Rasuah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pemain JDT Lafaz Ikrar Bebas Rasuah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/pemain-jdt-lafaz-ikrar-bebas-rasuah.html
0 Response to "Pemain JDT Lafaz Ikrar Bebas Rasuah"
Catat Ulasan