Judul : Pemandu Bas Didakwa Tipu Dua Lelaki
link : Pemandu Bas Didakwa Tipu Dua Lelaki
Pemandu Bas Didakwa Tipu Dua Lelaki
MELAKA – Seorang pemandu bas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Ayer Keroh di sini hari ini atas sembilan pertuduhan menipu dua lelaki dengan menawarkan tender projek Petronas yang tidak wujud, melibatkan transaksi berjumlah RM140,550.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Mohd Azri Anwan, 31, didakwa menipu Azman Ali, 48, dengan memperdayakannya untuk menyerahkan wang tunai berjumlah RM33,000 bagi penawaran tender projek Petronas yang tidak wujud.
Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di hadapan CIMB Bank Cawangan Jalan Hang Tuah di sini, pada 21 Dis dan 30 Dis tahun lepas.
Bagi pertuduhan ketiga, Mohd Azri didakwa menipu Azman dengan memperdayakannya untuk memasukkan wang tunai RM300 ke dalam akaun Maybank tertuduh bagi penawaran tender projek Petronas yang tidak wujud di daerah Melaka Tengah pada 22 Ogos tahun lepas.
Bagi pertuduhan keempat dan kelima, bapa kepada seorang anak itu didakwa menipu Yeo Ah Sang, 59, dengan memperdayakannya untuk menyerahkan dua cek berjumlah RM88,000 bagi penawaran tender projek Petronas yang tidak wujud di daerah Melaka Tengah pada 23 Nov 2015 dan 13 Julai tahun lepas.
Mengikut pertuduhan keenam, Mohd Azri didakwa menipu Yeo dengan memperdayakannya untuk membuat pemindahan wang tunai RM18,000 ke dalam akaun Maybank tertuduh bagi penawaran tender projek Petronas yang tidak wujud di daerah Melaka Tengah pada 4 Ogos tahun lepas.
Majistret Norina Maludin membenarkan Mohd Azri diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin bagi keenam-enam pertuduhan berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis setiap minggu.
Di mahkamah berasingan, Mohd Azri didakwa atas tiga pertuduhan menipu Azman dengan memperdayakannya untuk memasukkan wang tunai berjumlah RM1,250 ke dalam akaun Maybank tertuduh bagi penawaran tender projek Petronas yang tidak wujud di daerah Melaka Tengah, antara 24 Ogos dan 21 Sept tahun lepas.
Majistret Mohd Firdaus Salleh membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,600 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan.
Kesemua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Mahkamah menetapkan 15 Jun depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azri Zakaria dan Pegawai Pendakwa ASP Nora Yaacob, manakala tertuduh diwakili peguam Nik Norhaizun Che Mat. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qiP5m8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Pemandu Bas Didakwa Tipu Dua Lelaki
Anda sekarang membaca artikel Pemandu Bas Didakwa Tipu Dua Lelaki dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/pemandu-bas-didakwa-tipu-dua-lelaki.html
0 Response to "Pemandu Bas Didakwa Tipu Dua Lelaki"
Catat Ulasan