Loading...
Judul : Pemburu Haiwan Liar Mati Dihempap Gajah Betina
link : Pemburu Haiwan Liar Mati Dihempap Gajah Betina
Pemburu Haiwan Liar Mati Dihempap Gajah Betina
PEMBURU haiwan liar profesional dilaporkan mati dihempap gajah betina dalam insiden yang berlaku baru-baru ini.
Memetik Mirror UK, kumpulan pemburuan Thenuis Botha, 51, yang sedang dalam misi pemburuan di Gwai, Zimbabwe dilaporkan bertembung dengan sekumpulan gajah.
Sebaik dikepung kumpulan gajah tersebut, Thenuis dilaporkan terus melepaskan tembakan ke arah salah seekor gajah lain sebelum seekor gajah betina di situ mengangkat Thenuis menggunakan belalainya.
Gajah betina tersebut kemudiannya jatuh tertimpa Thenuis selepas ia ditembak rakan kumpulan Thenuis dalam usaha untuk menyelamatkannya.
Kebanyakan netizen langsung tidak menunjukkan rasa simpati terhadap kematian pemburu haiwan tersebut sebaliknya mereka lebih kasihankan nasib gajah yang diburu pasukan tersebut.
Seperti contoh twit netizen Charles Clymer yang secara sinis melahirkan perasaan simpatinya terhadap binatang malang tersebut daripada menzahirkan rasa simpati terhadap keluarga pemburu yang terkorban.
Twit Charles telah diulang kicau sebanyak 74,000 kali oleh netizen yang bersetuju dengan pandangannya itu. – MYNEWSHUB.CC
Demikianlah Artikel Pemburu Haiwan Liar Mati Dihempap Gajah Betina
Sekianlah artikel Pemburu Haiwan Liar Mati Dihempap Gajah Betina kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pemburu Haiwan Liar Mati Dihempap Gajah Betina dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/pemburu-haiwan-liar-mati-dihempap-gajah.html
0 Response to "Pemburu Haiwan Liar Mati Dihempap Gajah Betina"
Catat Ulasan