Judul : Pengedar Dadah 3.6 KG Dihukum Gantung Sampai Mati
link : Pengedar Dadah 3.6 KG Dihukum Gantung Sampai Mati
Pengedar Dadah 3.6 KG Dihukum Gantung Sampai Mati
KUCHING: Menangis air mata darah sekali pun tidak akan dapat mengubah nasib seorang wanita warga Thailand yang dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi atas kesalahan mengedar dadah.
Wanita terbabit, Napaphorn Tanjit, 58 didapati bersalah kerana mengedar 3.6 kilogram methamphetamine, ketika melalui pemeriksaan Kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 9 malam,1 November 2015.
Napapthorn dituduh di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Hakim Dato Rhodzariah Bujang memutuskan bahawa pasukan pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan yang diberikan.
Pada 29 Disember 2016, Mahkamah Tinggi memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, lalu membebaskannya daripada pertuduhan itu tanpa pembelaan.
Bagaimanapun pasukan pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu dan pada 17 April lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan itu, dengan memutuskan bahawa terdapat kes prima facie.
Napaphorn yang juga seorang penghidap HIV kemudian diarahkan untuk membela diri di hadapan hakim Mahkamah Tinggi.
Sebaik hukuman dijatuhkan, tertuduh yang memakai sarung tangan dan topeng muka kelihatan menitiskan air mata.
✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pWxWSq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Pengedar Dadah 3.6 KG Dihukum Gantung Sampai Mati
Anda sekarang membaca artikel Pengedar Dadah 3.6 KG Dihukum Gantung Sampai Mati dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/pengedar-dadah-36-kg-dihukum-gantung.html
0 Response to "Pengedar Dadah 3.6 KG Dihukum Gantung Sampai Mati"
Catat Ulasan