Loading...

Penjawat wam yang palsukan slip gaji, berisiko untuk muflis akan disiasat

Loading...
Penjawat wam yang palsukan slip gaji, berisiko untuk muflis akan disiasat - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penjawat wam yang palsukan slip gaji, berisiko untuk muflis akan disiasat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penjawat wam yang palsukan slip gaji, berisiko untuk muflis akan disiasat
link : Penjawat wam yang palsukan slip gaji, berisiko untuk muflis akan disiasat

Baca juga


Penjawat wam yang palsukan slip gaji, berisiko untuk muflis akan disiasat

Penjawat awam yang berdepan risiko menjadi muflis berikutan kegagalan mereka menguruskan hutang pinjaman akan disiasat, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Zainal Rahim Seman.

Penjawat wam yang palsukan slip gaji, berisiko untuk muflis akan disiasat

Penjawat wam yang palsukan slip gaji, berisiko untuk muflis akan disiasat

Beliau berkata ini kerana isu berkenaan dilihat semakin meruncing berikutan terdapat penjawat awam yang bertindak berani dengan memalsukan slip gaji ketika membuat pinjaman hingga melebihi kemampuan mereka.

Katanya sehingga kini terdapat lebih 49,000 penjawat awam terbabit yang didapati melakukan pinjaman peribadi melebihi kemampuan gaji mereka daripada institusi kewangan yang dikenal pasti.

“Adakalanya ‘kebijaksanaan’ penjawat awam itu sendiri mungkin atas desakan (hidup) hingga membuatkan mereka tidak dapat berfikir secara positif (rasional),” katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

 

Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Penutupan Kursus Asas melibatkan 272 anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menamatkan latihan di Akademi Pengangkutan Jalan, Tiang Dua di sini, yang turut dihadiri Ketua Setiausaha  Kementerian Pengangkutan dan Ketua Pengarah JPJ Datuk Nadzri Siron.

Sebanyak 272 anggota penguat kuasa JPJ berjaya menamatkan latihan yang berlangsung selama tiga bulan dan meliputi modul perkhidmatan teras jabatan iaitu penguatkuasaan, kejuruteraan automotif, pelesenan kenderaan dan pemandu serta pendakwaan.

Bernama pada 30 April lepas melaporkan setakat ini lebih 3,000 orang penjawat awam telah diisytiharkan muflis dan dikhuatiri jumlah itu akan terus meningkat jika tidak dibendung.

Sementara itu Zainal Rahim berkata dengan kebergantungan masyarakat terhadap teknologi semakin meningkat, penjawat awam diminta agar lebih berhati-hati dalam mengenal pasti kesahihan sesuatu maklumat yang diperoleh dan diberi terutama di media sosial bagi mengelak penularan berita palsu hingga mencemar imej perkhidmatan awam.

Beliau berkata pihaknya memandang serius isu penjawat awam yang tidak berintegriti sehingga mencemar nama baik jabatan dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka.

“Seramai sembilan anggota penjawat awam telah dikenakan tindakan buang kerja atas pelbagai kesalahan tahun lepas…ini merupakan satu peringatan kepada semua penjawat awam agar menjaga disiplin masing-masing supaya tidak dikenakan tindakan tatatertib,” katanya.

Dalam pada itu, Zainal Rahim menyeru penjawat awam agar sentiasa berusaha bagi meningkatkan mutu perkhidmatan selain menjaga disiplin dan imej dengan mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

“Kita mahu peranan penjawat awam diperkukuhkan agar integriti serta tadbir urus perkhidmatan awam hari ini dapat dipertingkatkan di samping mengurangkan ketirisan dalam usaha memastikan sistem penyampaian perkhidmatan awam mencapai pada satu tahap yang lebih memberangsangkan,” katanya.-Bernama

Sumber: Mstar



Sumber Penjawat wam yang palsukan slip gaji, berisiko untuk muflis akan disiasat

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qwxrPY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Penjawat wam yang palsukan slip gaji, berisiko untuk muflis akan disiasat

Sekianlah artikel Penjawat wam yang palsukan slip gaji, berisiko untuk muflis akan disiasat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penjawat wam yang palsukan slip gaji, berisiko untuk muflis akan disiasat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/penjawat-wam-yang-palsukan-slip-gaji.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Penjawat wam yang palsukan slip gaji, berisiko untuk muflis akan disiasat"

Catat Ulasan

Loading...