Loading...

Penting ke status freehold atau leasehold dalam pelaburan hartanah?

Loading...
Penting ke status freehold atau leasehold dalam pelaburan hartanah? - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penting ke status freehold atau leasehold dalam pelaburan hartanah?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penting ke status freehold atau leasehold dalam pelaburan hartanah?
link : Penting ke status freehold atau leasehold dalam pelaburan hartanah?

Baca juga


Penting ke status freehold atau leasehold dalam pelaburan hartanah?

Kalau beli rumah untuk duduk sendiri, hal ni tak berapa penting sangat untuk korang ambil kira sebelum buat keputusan membeli.

Tapi kalau nak beli rumah untuk tujuan pelaburan, itu lain cerita. Kalau tak, korang yang akan ‘terkena.’

Mungkin ramai pelabur baru yang terlepas pandang tentang perkara ni. Padahal kalau korang jaga benda ni baik-baik, In Shaa Allah pelaburan hartanah korang selamat.

“Apa perkara penting sangat yang perlu saya tahu sebelum beli rumah tu, Tok?”

Korang serius nak jawapan kepada soalan ni? Jemput hadamkan perkongsian ilmu Tuan Syakir Zainol ni. Semoga ia bermanfaat.

Beli rumah untuk duduk sendiri, atau untuk pelaburan?

Ini antara soalan paling popular yang sering ditanyakan oleh bakal-bakal pembeli hartanah.

Sejauh manakah pentingnya status pegangan hartanah (freehold atau leasehold) memainkan peranan dalam menentukan kesesuaian satu-satu hartanah semasa membuat pembelian?

Pokok pangkal keputusan korang semasa membuat pilihan, bakal berkisar kepada matlamat asal pembelian yang korang dah tetapkan.

Tanya diri korang :

“Adakah untuk tujuan pembelian hartanah ini, kerana ingin dijadikan kediaman sendiri atau mahu disimpan sebagai satu bentuk instrumen pelaburan?”

Seandainya bertujuan ingin didiami, maka faktor pegangan hartanah (freehold atau leasehold) tidak memainkan peranan besar dalam proses membuat keputusan.

Selagi anda selesa dengan faktor-faktor lain seperti lokasi, spesifikasi dan harga, maka kurang penekanan yang perlu diberikan dalam memilih hartanah samada ianya freehold atau leasehold.

Sebaliknya, kalau objektif asal korang adalah untuk jadikan pembelian tu sebagai satu medium pelaburan, maka status pegangan hartanah memainkan peranan yang sangat kritikal ketika membuat pertimbangan.

Realiti penting yang perlu korang hadamkan seperti :

#1 :  Rumah freehold lebih cepat naik harga berbanding leasehold?

Hartanah freehold selalunya lebih popular dan mendapat permintaan (demand) yang lebih tinggi berikutan kurangnya kuantiti unit hartanah freehold kat pasaran berbanding pasaran leasehold.

Tapi, faktor lokasi yang baik tetap memainkan peranan yang lebih besar berbanding status hartanah.

Kalau lokasi tu ada permintaan yang tinggi, bermakna hartanah leasehold tu tetap akan menikmati kenaikan nilai yang tinggi dan stabil saban tahun.

#2 : Leceh tak proses pindah milik untuk hartanah leasehold?

Hartanah freehold lebih senang dipindah milik.

Secara amnya, takde kekangan yang dikenakan dalam proses penukaran hak milik bagi hartanah freehold.

Ini bererti, pemilik bebas menjual kepada mana-mana individu tanpa perlu melihat kepada status pemilikan bumiputera.

Sebaliknya bagi hartanah leasehold, kebenaran pindah milik tertakluk kepada kebenaran (consent) kerajaan negeri.

Umumnya kat Selangor, hartanah leasehold milik bumiputera tak boleh dipindah milik kepada pembeli bukan bumiputera (syarat tersirat).

Syarat tersirat ialah syarat yang tak dinyatakan oleh kerajaan negeri, di mana ia lebih kepada budi bicara.

Contoh syarat tersirat ialah seperti di Selangor iaitu tak dibenarkan perpindahan status hak bumiputra ke non-bumiputra.

#3 : Satu risiko beli hartanah leasehold yang anda wajib tahu

Hartanah leasehold yang berbaki tempoh pajakan di bawah 50 tahun, agak susah nak dapatkan pembiayaan daripada bank.

Kalau korang nak beli hartanah dalam kes sebegini, minta pemilik asal memperbaharui premium pajakan kepada kerajaan negeri sebelum membuat pembelian.

#4 : Berapa lama tempoh untuk pindah milik hartanah leasehold?

Tempoh pindah milik yang lebih lama diperlukan dalam kes penjualan hartanah leasehold.

Ini terjadi kerana hartanah leasehold perlukan kebenaran (consent) daripada kerajaan negeri untuk dipindah milik.

Keseluruhan proses boleh mengambil masa di antara 6 bulan hingga setahun, bergantung kat jumlah aplikasi yang diuruskan oleh kerajaan negeri.

Kesannya, korang mungkin terpaksa tunggu lebih lama sebelum berpeluang pindah ke rumah baru, berbanding pembeli yang memilih untuk membeli hartanah berstatus pegangan freehold.

Kaji dulu habis-habis, baru buat keputusan membeli

Bawah ni adalah kesimpulan yang penulis sendiri kongsikan :

“Walaupun kriteria pegangan hartanah freehold atau leasehold memberi impak yang signifikan dalam menentukan kesesuaian jual beli sesebuah hartanah, namun ada faktor-faktor lain yang turut perlu diperhalusi dan diberi pertimbangan yang sewajarnya.”

Sebagai pembeli, korang perlu tahu kelebihan dan kekurangan hartanah yang bakal dibeli.

Semua ni, korang boleh dapatkan dengan cara mengambil kira segala isu dan proses yang terlibat dan lakukan penilaian secara teliti dan tuntas.

Bila dah tau pasal ni, baru senang nak buat keputusan membeli yang tak rugikan korang.

Bukan satu perkara yang ringan dan mudah kalau bercerita tentang bab nak membeli rumah. Rumah bukan murah. Tok yakin korang dah sedia maklum pasal perkara ni.

Apa pun, Tok nak korang cari ilmu dulu sebelum apa-apa hal. Itu pun, kalau korang serius nak kekal selamat semasa uruskan portfolio pelaburan hartanah korang.

Anda tengah plan nak beli rumah subsale murah? Belajar sekarang dengan 16 pelabur hartanah otai ini

Bukan tak boleh buat. Tapi sebelum boleh, korang kena belajar dulu caranya.

Berapa ramai dah orang berjaya beli rumah subsale yang harga bawah market value? Ada teknik dan tip yang korang boleh guna untuk ‘lembutkan’ hati penjual.

Korang tak payah cari jauh-jauh dah. 16 otai hartanah ni dah kongsikan semua dalam satu eBook ni. Klik link bawah kalau korang serius nak belajar :

KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK ‘TAK ADA DUIT, BOLEH BELI RUMAH KE?’

The post Penting ke status freehold atau leasehold dalam pelaburan hartanah? appeared first on GilaHartanah.com - Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia.



✍ Sumber Pautan : ☕ GilaHartanah.com – Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s5fN3L

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Penting ke status freehold atau leasehold dalam pelaburan hartanah?

Sekianlah artikel Penting ke status freehold atau leasehold dalam pelaburan hartanah? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penting ke status freehold atau leasehold dalam pelaburan hartanah? dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/penting-ke-status-freehold-atau.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penting ke status freehold atau leasehold dalam pelaburan hartanah?"

Catat Ulasan

Loading...