Judul : Percepatkan pemukiman UMNO bagi persediaan PRU-14
link : Percepatkan pemukiman UMNO bagi persediaan PRU-14
Percepatkan pemukiman UMNO bagi persediaan PRU-14
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas negeri Ghazali Taib berkata program itu penting agar jentera UMNO lebih bersedia dengan pelaksanaan ketika ini, semasa pembubaran DUN, sepanjang tempoh kempen dan pada hari pengundian, bagi memastikan kemenangan UMNO di Terengganu.
"Setakat ini, hampir 30 peratus daripada 32 DUN selesai mengadakan pemukiman kepimpinan UMNO itu dan sebagai Exco Komunikasi dan Multimedia, saya berharap ia dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.
"Ini kerana PRU-14 boleh berlaku bila-bila masa dan ia tidak akan menunggu kita. Lebih cepat dibuat lebih bagus, kerana persediaan rapi juga mampu memberi kemenangan di satu-satu kawasan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pemukiman Pergerakan Wanita UMNO, Agensi Transformasi Rakyat serta kepimpinan masyarakat DUN Ajil di Pulau Kapas, di sini pada Sabtu.
Pemukiman disertai 90 peserta itu bertujuan memantapkan persediaan mereka untuk menggerakkan jentera pilihan raya pada PRU-14 dan menambah majoriti undi di DUN Ajil.
Ghazali berkata dalam program itu, turut ditekankan betapa pentingnya untuk jentera UMNO bertindak lebih pantas dalam menyebarkan maklumat menggunakan media sosial seperti blog dan Facebook bagi menangkis tohmahan pembangkang.
"Pada masa sama, publisiti melalui media arus perdana juga sangat diperlukan dan semua aktiviti yang dijalankan akan memberi motivasi kepada kepimpinan untuk melakukan yang terbaik dalam membela kebajikan rakyat di kawasan mereka," katanya.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pXtsfM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Percepatkan pemukiman UMNO bagi persediaan PRU-14
Anda sekarang membaca artikel Percepatkan pemukiman UMNO bagi persediaan PRU-14 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/percepatkan-pemukiman-umno-bagi.html
0 Response to "Percepatkan pemukiman UMNO bagi persediaan PRU-14"
Catat Ulasan