Loading...

Pertukaran 11 Pegawai Kanan Polis Berkuat Kuasa 22 Jun

Loading...
Pertukaran 11 Pegawai Kanan Polis Berkuat Kuasa 22 Jun - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pertukaran 11 Pegawai Kanan Polis Berkuat Kuasa 22 Jun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pertukaran 11 Pegawai Kanan Polis Berkuat Kuasa 22 Jun
link : Pertukaran 11 Pegawai Kanan Polis Berkuat Kuasa 22 Jun

Baca juga


Pertukaran 11 Pegawai Kanan Polis Berkuat Kuasa 22 Jun



KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan 11 pertukaran pegawai kanannya berkuat kuasa 22 Jun depan.

Antara yang terlibat ialah Komander Unit Tindakhas, Pasukan Gerakan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, SAC Datuk Hazani Ghazali yang dilantik sebagai Komander Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom) dengan memangku pangkat DCP.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman SAC Datin Asmawati Ahmad dalam kenyataannya berkata tempat Hazani diambil alih SAC Datuk Mastor Mohd Ariff yang sebelum ini merupakan SAC Kepolisan Am, Jabatan KDNKA Bukit Aman.

Menurut Asmawati, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Sharul Othman Mansor akan bertukar jawatan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalulintas/Pengurusan Saman), JSPT Bukit Aman ACP Ruslan Khalid pula akan menggantikan tempat Sharul Othman.

Jawatan Ruslan pula diganti ACP Zulkifli Jonit yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak.

Asmawati berkata Supt Urus Tadbir Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuching, Sarawak, Supt Mohammad Taha Baba pula dilantik sebagai Timbalan Komander PGA Briged Sarawak.

Menurutnya, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Sulaiman Salleh pula dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dengan memangku pangkat SAC.

Tempat Sulaiman akan diganti Supt Shahurinain Jais yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Pegawai Turus Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, IPK Perak dengan memangku pangkat ACP.

Penolong Pengarah Latihan (Peperiksaan/Kompetensi) Bahagian Latihan, Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ACP Arjunaiti Abdullah pula akan bertukar jawatan sebagai Penolong Pengarah Latihan (Urus Tadbir/Latihan) Bahagian Latihan, Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Jawatan beliau akan diambil alih Supt Chuah Yong Huat yang sebelum ini memegang jawatan Supt Pengajian Siasatan Jenayah Komersial, Pusat Pengajian Sains Penyiasatan dan Pendakwaan, Maktab PDRM Kuala Lumpur dengan memangku pangkat ACP.

Pegawai Turus Kesejahteraan Organisasi, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Supt Ghazali Daud pula kekal dengan jawatan sama dengan memangku pangkat ACP. – BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r92kLk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Pertukaran 11 Pegawai Kanan Polis Berkuat Kuasa 22 Jun

Sekianlah artikel Pertukaran 11 Pegawai Kanan Polis Berkuat Kuasa 22 Jun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pertukaran 11 Pegawai Kanan Polis Berkuat Kuasa 22 Jun dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/pertukaran-11-pegawai-kanan-polis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pertukaran 11 Pegawai Kanan Polis Berkuat Kuasa 22 Jun"

Catat Ulasan

Loading...