Judul : Pgeon Membolehkan Anda Menghantar Dan Menerima Barangan Daripada myNEWS Terdekat
link : Pgeon Membolehkan Anda Menghantar Dan Menerima Barangan Daripada myNEWS Terdekat
Pgeon Membolehkan Anda Menghantar Dan Menerima Barangan Daripada myNEWS Terdekat
Ketika membuat pembelian di arena internet, ia menjadi salah satu kesukaran sekiranya anda ingin menerima barangan, tetapi tiada di rumah ketika itu. Untuk mengatasi masalah berkenaan, kini Pgeon Delivery hadir, dimana ia menggunakan titik penghantaran dan penerimaan melalui kedai myNEWS dan beberapa rakan kerjasama mereka.
Melalui Pgeon, pengguna boleh memilih untuk membuat penghantaran barangan dengan hanya ke kedai yang menyertai program ini – termasuk myNEWS dan juga Sunshine Group. Menurut Pgeon, kini terdapat lebih 300 titik penghantaran dan penerimaan – dimaan kebanyakkannya adalah di bandar-bandar utama.
Menariknya mengenai perkhidmatan ini adalah memandangkan ia menggunakan titik penghantaran seperti myNEWS, ia membolehkan pengguna mengambil barangan yang diterima selepas waktu kerja atau bila-bila masa yang senang untuk mereka. Begitu juga sekiranya ingin menghantar barangan kepada penerima lain.
Untuk penghantaran, Pgeon hanya menerima barangan yang bersaiz kurang daripada saiz A4 buat masa ini, selain proses berkenaan perlu dilakukan melalui EasyParcel. Untuk penerimaan pula, pengguna perlu memberitahu penghantar terlebih dahulu yang anda ingin menerima melalui Pgeon terdekat dengan anda.
Dengan ramai yang bekerja pada masa kini, perkhidmatan Pgeon ini semestinya akan memudahkan anda menerima barangan, dan tidak lagi menghadapi masalah “tiada orang di rumah” ketika proses menerima barangan yang dibeli secara atas-talian.
Layari : Pgeon Delivery
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q3xhx3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Pgeon Membolehkan Anda Menghantar Dan Menerima Barangan Daripada myNEWS Terdekat
Anda sekarang membaca artikel Pgeon Membolehkan Anda Menghantar Dan Menerima Barangan Daripada myNEWS Terdekat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/pgeon-membolehkan-anda-menghantar-dan.html
0 Response to "Pgeon Membolehkan Anda Menghantar Dan Menerima Barangan Daripada myNEWS Terdekat"
Catat Ulasan