Loading...
Judul : Pihak Bertelagah Syria Setuju Cadangan PBB
link : Pihak Bertelagah Syria Setuju Cadangan PBB
Pihak Bertelagah Syria Setuju Cadangan PBB
GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan pihak bertelagah di Syria bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa pakar untuk membincangkan 'isu perlembagaan' minggu ini.
Orang tengah Pejabat wakil PBB, Staffan de Mistura mengumumkan langkah pertama itu untuk membincangkan isu undang-undang dan perlembagaan yang relevan terhadap rundingan berasingan antara kerajaan Syria dan wakil Majlis Rundingan Tertinggi pembangkang (HNC).
Pengumuman itu dilihat sebagai cadangan PBB sebelumnya yang diubah suai untuk memudahkan pembentukan perlembagaan baharu.
Wakil kerajaan Syria dan HNC berada di Switzerland untuk pusingan keenam rundingan damai tajaan PBB, tetapi tiada sebarang kemajuan dicapai. Lewat petang semalam, lapan wakil pemberontak menangguhkan penyertaan mereka sebagai delegasi HNC kerana tidak berpuas hati dengan proses membuat keputusan ketika rundingan itu.
Kenyataan itu disiarkan kumpulan pemberontak, Faylaq al-Sham, pada malam terakhir perbincangan itu.
Satu perlembagaan baharu untuk Syria adalah antara empat topik berasingan dalam agenda rundingan, selain pentadbiran, pilihan raya dan memerangi 'keganasan.'
Ketua wakil kerajaan, Bashar al-Jaafari berkata kumpulannya belum membuat sebarang perbincangan setakat ini. - AFP
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qzyy0R
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Pihak Bertelagah Syria Setuju Cadangan PBB
Sekianlah artikel Pihak Bertelagah Syria Setuju Cadangan PBB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pihak Bertelagah Syria Setuju Cadangan PBB dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/pihak-bertelagah-syria-setuju-cadangan.html
0 Response to "Pihak Bertelagah Syria Setuju Cadangan PBB"
Catat Ulasan