Judul : PKR JANGKA PRU14 SELEPAS SAMBUTAN MERDEKA
link : PKR JANGKA PRU14 SELEPAS SAMBUTAN MERDEKA
PKR JANGKA PRU14 SELEPAS SAMBUTAN MERDEKA
Pilihan raya umum (PRU) ke-14 dijangkakan akan diadakan sebaik sahaja negara menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-60 pada 31 Ogos depan, kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
“Saya rasa ada kemungkinan (PRU) diadakan dalam tahun ini, dan saya fikir paling awal pun lepas (sambutan) merdeka,” kata Rafizi ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.
Rafizi berkata demikian ketika diminta mengulas apakah PRU akan diadakan dalam tempoh terdekat ekoran tindakan PAS memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR.
Majlis Syura Ulama PAS semalam mengambil ketetapan menerima usul dibawa dalam muktamar parti itu baru-baru ini bagi memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.
Ketetapan itu dibuat dengan merujuk begitu banyak pelanggaran syarat tahaluf siyasi antara PAS dengan PKR serta menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam.
Antaranya, adalah tindakan PKR tidak menyokong – malah menentang – sebahagian daripada agenda Islam dibawa PAS.
Mengulas lanjut, Rafizi yang juga anggota Parlimen Pandan berkata, jangkaan itu sekali gus merupakan kebimbangan kepada PKR khususnya dan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Katanya, ini kerana pakatan pembangkang hanya mempunyai masa kira-kira empat bulan sahaja untuk memperbetulkan segala kecelaruan yang berlaku.
“Tapi inilah masalahnya, walaupun bunyi macam lepas merdeka tapi tak lama lagi, hanya 4 bulan dari sekarang.
“Empat bulan adalah masa yang singkat dan sangat penting bagi kita untuk berubah,” kata Rafizi.
Kata Rafizi, kebimbangan itu ditambah dengan keupayaan pengundi hari ini yang bijak menilai apa yang berlaku kini.
“Orang ramai telah menunjukkan keupayaan untuk membedah, memahami apa yang sedang berlaku di belakang tabir, daripada runtuhnya Pakatan Rakyat sehinggalah tertubuhnya HARAPAN, sesiapa sahaja boleh buat tafsiran bahawa apa yang berlaku ini satu kesilapan besar.
“Saya fikir orang ramai memahami dan akan bergerak juga. Tetapi kita mempunyai banyak yang perlu dilakukan. Dan masa sebenarnya sangat pendek,” ujar Rafizi.
Oleh demikian, Rafizi bertekad untuk mengubah keadaan ini.
“Kita mesti mengubah keadaan dengan menunjukkan apa yang kita boleh tawarkan sebagai pembangkang,” tambah Rafizi.
Paling lewat, PRU ke-14 akan diadakan pada Jun 2018 setelah genap lima tahun selepas PRU ke-13.
– M’kini
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pEU7Jl
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel PKR JANGKA PRU14 SELEPAS SAMBUTAN MERDEKA
Anda sekarang membaca artikel PKR JANGKA PRU14 SELEPAS SAMBUTAN MERDEKA dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/pkr-jangka-pru14-selepas-sambutan.html
0 Response to "PKR JANGKA PRU14 SELEPAS SAMBUTAN MERDEKA"
Catat Ulasan