Loading...
Judul : Pocong di hentian bas
link : Pocong di hentian bas
Pocong di hentian bas
Polis menyiasat perbuatan pihak tertentu yang meletakkan patung diselimuti kain putih seperti pocong di hentian bas di Bandar Leila, di sini, baru-baru ini.
Pocong di hentian bas
Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, tindakan itu mungkin dilakukan bagi menakutkan orang ramai.
“Kita meminta individu yang menyaksikan kejadian menghubungi Ibu Pejabat Polis (IPD) Sandakan jika mempunyai maklumat lanjut.
“Saya juga meminta penduduk setempat supaya tidak melakukan aktiviti yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam. Perbuatan itu satu tindakan yang tidak bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau mengulas dakwaan penyanyi tempatan, Mohd Rezuwan Batjo, 35, bahawa ada pihak tertentu meletakkan patung diselimuti kain putih di perhentian bas sehingga menakutkan pengguna jalan raya.
Mohd Rezuwan atau nama komersilnya, Rezu Hayr Adinawan berkata, tindakan itu menyebabkan ada ahli keluarganya ketakutan selepas terlihat ‘jelmaan pocong’ ketika melalui kawasan perhentian bas terbabit, Isnin lalu.
Berikutan tidak puas hati, dia ke lokasi kejadian sebelum mendapati ‘pocong’ itu adalah guni yang diselimuti kain putih dan diisi dengan kain kanvas di dalamnya.
Dia memuat naik kejadian itu di Facebook sehingga mendapat perhatian ramai pengguna termasuk mereka yang pernah terkejut selepas melihat kain itu di beberapa lokasi di sini.
Sumber: Harian Metro
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pFyDPJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Pocong di hentian bas
Sekianlah artikel Pocong di hentian bas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pocong di hentian bas dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/pocong-di-hentian-bas.html
0 Response to "Pocong di hentian bas"
Catat Ulasan