Judul : Polis tahan ‘predator’ di Dataran Lang hanya gurauan
link : Polis tahan ‘predator’ di Dataran Lang hanya gurauan
Polis tahan ‘predator’ di Dataran Lang hanya gurauan
GAMBAR Predator ditahan anggota polis bantuan di pintu masuk pusat pelancongan Dataran Lang, Langkawi, di sini, yang tular di media sosial, hanyalah gurauan semata-mata.
Polis bantuan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Faizal Mohamad, 45, berkata gambar itu diambil ketika berlangsung Festival Motosikal Berkuasa Tinggi Diraja Langkawi (FMBTDL) 2017 minggu lalu.
Katanya, gambar itu dirakamkan oleh seorang individu ketika dia sedang bergurau dengan penunggang motosikal sejurus peserta konvoi FMBTDL itu tiba di Dataran Lang, tempatnya bertugas.
“Penunggang motosikal yang berasal dari Alor Setar itu adalah peserta konvoi terakhir tiba di Dataran Lang sebelum kami sempat bergurau bersama dan kebetulan rakannya merakamkan gambar.
“Bagaimanapun, petang ini saya menerima banyak panggilan telefon dan pesanan mesej dalam aplikasi WhatsApp bertanyakan hal itu selepas gambar saya bergurau dengan penunggang itu tular di media sosial,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Akaun Facebook Friends Of PDRM turut memuat naik gambar itu yang disertai penerangan ‘Predator ‘ditangkap’ ketika muncul di Langkawi. Mungkin kena hantar balik ke tempat asal, tapi kat mana ya?
Predator adalah watak pemangsa dalam sebuah filem sains fiksyen terkenal yang popular pada era 80-an dan digambarkan sebagai makhluk asing yang memiliki kegemaran berburu.
ÂSementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Dr Che Ghazali Che Awang, ketika dihubungi mengesahkan gambar ditularkan itu adalah anggota polis bantuan LADA dan seorang penunggang motosikal yang mengenakan kostum Predator.
Sumber: Harian Metro
Sumber Polis tahan ‘predator’ di Dataran Lang hanya gurauan
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rAhvJz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Polis tahan ‘predator’ di Dataran Lang hanya gurauan
Anda sekarang membaca artikel Polis tahan ‘predator’ di Dataran Lang hanya gurauan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/polis-tahan-predator-di-dataran-lang_19.html
0 Response to "Polis tahan ‘predator’ di Dataran Lang hanya gurauan"
Catat Ulasan