Loading...

#PRKPujut: BN Boleh Menang Jika SUPP, UPP Bersatu

Loading...
#PRKPujut: BN Boleh Menang Jika SUPP, UPP Bersatu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul #PRKPujut: BN Boleh Menang Jika SUPP, UPP Bersatu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : #PRKPujut: BN Boleh Menang Jika SUPP, UPP Bersatu
link : #PRKPujut: BN Boleh Menang Jika SUPP, UPP Bersatu

Baca juga


#PRKPujut: BN Boleh Menang Jika SUPP, UPP Bersatu


KUCHING: Bukan omong kosong atau mimpi untuk Barisan Nasional (BN) kembali menawan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut pada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan datang.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas BN menerusi Datuk Hii King Chiong tewas dengan majoriti 1,759 undi kepada calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) Dr Ting Tiong Choon.

Dua lagi calon Jofry Jaraiee (PAS) dan Fong Pau Teck (Bebas) masing-masing memperolehi 513 dan 375 undi.

Untuk BN menang pada PRK Pujut bukan sahaja memerlukan jentera yang kuat tetapi penyatuan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) amat diperlukan.

Jika penyatuan ini berjaya, BN tanpa perlu disangkal lagi mampu menenggelamkan DAP pada PRK Pujut.

Kerusi DUN Pujut kosong selepas DUN Sarawak melucutkan kelayakan Dr Ting Tiong Choon sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerana memiliki kewarganegaraan Australia.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 Jun sebagai hari penamaan calon manakala pengundian pada 4 Julai.

Memetik laporan Bernama, Ketua Menteri selaku Pengerusi BN Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, BN negeri akan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk membuat keputusan mengenai calon dan persiapan bagi menghadapi PRK DUN Pujut.

Menurutnya, gabungan itu tidak tergesa-gesa untuk berbuat demikian memandangkan ia akan mengumumkan calonnya selepas sambutan Gawai akan datang.

"BN dijangka memenangi pilihan raya kecil itu," katanya.

Sementara itu, Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian berkata parti itu telah bersedia untuk pilihan raya kecil itu.

Beliau percaya kerusi itu adalah kerusi tradisional BN yang diperuntukkan kepada SUPP, dan akan diberikan kepada partinya berdasarkan semangat dan konsensus BN.

"Kami menyambut baik mana-mana calon yang mendakwa dia adalah calon yang lebih kuat berbanding kami. Namun dia perlu menyertai kami jika dia adalah anggota komponen lain atau parti mesra BN (dan) dia perlu keluar daripada partinya untuk bertanding.

"Pilihan raya kecil ini tidak dijangka. Ia adalah mengenai calon yang mempunyai integriti dan keikhlasan. Tempoh berkempen juga luar biasa bagi negeri ini kerana ia diadakan semasa bulan puasa tetapi kami bersedia," ujarnya.

Katanya parti itu mempunyai beberapa calon yang telah dibentuk untuk pilihan raya peringkat Parlimen. Seorang daripada mereka boleh bertanding di Pujut.-Sarawakiana



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qRwYY1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel #PRKPujut: BN Boleh Menang Jika SUPP, UPP Bersatu

Sekianlah artikel #PRKPujut: BN Boleh Menang Jika SUPP, UPP Bersatu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel #PRKPujut: BN Boleh Menang Jika SUPP, UPP Bersatu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/prkpujut-bn-boleh-menang-jika-supp-upp.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "#PRKPujut: BN Boleh Menang Jika SUPP, UPP Bersatu"

Catat Ulasan

Loading...