Loading...

PUA: ADAKAH 1MDB AKAN KEMBALIKAN DEPOSIT?

Loading...
PUA: ADAKAH 1MDB AKAN KEMBALIKAN DEPOSIT? - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PUA: ADAKAH 1MDB AKAN KEMBALIKAN DEPOSIT?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PUA: ADAKAH 1MDB AKAN KEMBALIKAN DEPOSIT?
link : PUA: ADAKAH 1MDB AKAN KEMBALIKAN DEPOSIT?

Baca juga


PUA: ADAKAH 1MDB AKAN KEMBALIKAN DEPOSIT?

Berikutan laporan tawaran RM7.41 bilion bagi memiliki ekuiti 60 peratus dalam Bandar Malaysia yang tidak menjadi kenyataan, ahli parlimen DAP Tony Pua mempersoalkan sama ada 1MDB akan membayar balik depositi RM741 juta yang dibayar oleh konsortium IWH-CREC.

Konsortium itu adalah usahasama antara Iskandar Waterfront Holdings (IWH) yang berpangkalan di Johor dan China Railway Engineering Cooperation (CREC).

“Kini terdapat soalan yang sangat penting mengenai siapa yang akan membayar balik deposit RM741 juta yang dibayar kepada 1MDB oleh konsortium IWH?

“Adakah 1MDB akan mengembalikan bayaran deposit, atau adakah MOF (kementerian kewangan) perlu sekali lagi menyelamatkan 1MDB dengan mengeluarkan RM741 juta hasil kemelut hartanah 1MDB?” soalnyta dalam satu kenyataan.

Pua berkata demikian ketika mengulas pengumuman TRX City Sdn Bhd melalui satu kenyataan semalam bahawa perjanjian jualan saham (SSA) yang dimeterai pada 31 Disember, 2015, dengan konsortium itu, telah luput selepas ia gagal untuk membuat pembayaran di sebalik beberapa lanjutan yang diberikan,

Sambil menyifatkan pengumuman itu sebagai tidak mengejutkan, Pua berkata beliau sebelum ini mempersoalkan alasan di sebalik cadangan penjualan ekuiti itu kepada sebuah konsortium dengan jumlah aset bersih sebanyak hampir RM3.8 bilion atau kurang daripada separuh nilai urus niaga berkenaan.

“Bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2015, keuntungan bersih syarikat itu, sebelum cukai hanya RM170.4 juta.

“Walaupun IWH jelas cuba menggigit lebih daripada apa yang ia mampu, 1MDB dengan bangganya mengumumkan pada 31 Disember 2015 yang perjanjian penjualan IWH-Bandar Malaysia menandakan peristiwa penting terakhir dalam pelan rasionalisasi 1MDB seperti yang dikemukakan kepada kabinet Malaysia pada 29 Mei 2015,” katanya.

Pua menegaskan bahawa beliau telah mengemukakan soalan tambahan di Parlimen mengenai status projek itu pada November tahun lalu dan April tahun ini.
Jawapan yang diberikan, katanya, hanya mendedahkan bahawa konsortium IWH akan membayar faedah 6 peratus ke atas pembayaran yang belum dijelaskan sehingga jumlah berkenaan dibayar sepenuhnya pada 2023.

Dengan penamatan perjanjian itu, Pua berkata kementerian kewangan kini terpaksa menangung faedah sukuk RM2.4 bilion yang diambil oleh 1MDB bagi projek Bandar Malaysia.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2p8rcxa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel PUA: ADAKAH 1MDB AKAN KEMBALIKAN DEPOSIT?

Sekianlah artikel PUA: ADAKAH 1MDB AKAN KEMBALIKAN DEPOSIT? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PUA: ADAKAH 1MDB AKAN KEMBALIKAN DEPOSIT? dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/pua-adakah-1mdb-akan-kembalikan-deposit.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PUA: ADAKAH 1MDB AKAN KEMBALIKAN DEPOSIT?"

Catat Ulasan

Loading...