Judul : Puteri sedia senarai calon PRU14 setiap negeri - Mas Ermieyati
link : Puteri sedia senarai calon PRU14 setiap negeri - Mas Ermieyati
Puteri sedia senarai calon PRU14 setiap negeri - Mas Ermieyati
Beliau berkata senarai itu akan diberi kepada pengerusi perhubungan UMNO di seluruh negeri sebelum diputuskan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti.
"Dahulu (PRU13) kita ada sembilan calon Puteri yang mendapat tempat sebagai Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN). Jadi kita harapkan jumlah itu akan bertambah untuk PRU14.
"Ini kerana kewujudan dan sumbangan golongan wanita muda dalam UMNO memang tidak dapat disangkal lagi. Jadi kita harapkan penghargaan kepada golongan wanita muda oleh pucuk pimpinan (UMNO) dapat diterjemahkan melalui pemilihan lebih banyak wanita muda sebagai calon PRU14," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis pelancaran Skuad Puteri Peduli Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang disempurnakan oleh Anggota Parlimen Titiwangsa yang juga Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani, di sini pada Ahad.Mas Ermieyati berkata lima daripada sembilan wakil Puteri UMNO yang memenangi PRU13, kini telah beralih ke Pergerakan Wanita UMNO atas faktor usia.
Pada Perhimpunan Agung UMNO 2016, Pergerakan Pemuda dan Puteri bersepakat mengusulkan formula 30 peratus calon muda, selain Puteri bersetuju dengan sasaran Pergerakan Wanita untuk meletakkan 30 peratus calon wanita pada PRU14.
Sementara itu, Mas Ermieyati berkata Skuad Puteri Peduli merupakan satu usaha pergerakan itu memenangi hati masyarakat dan mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam PRU14.
Skuad mempunyai tiga komponen iaitu Ziarah Puteri Peduli, S.A.F.E dan Gerak Kerja Berfokus bagi memastikan tugas membantu rakyat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan strategik.
Untuk permulaan gerak kerja Skuad Puteri Peduli, sebanyak 20,000 kit bantuan makanan bersempena Ramadan akan diedarkan di seluruh negara secara serentak bermula 3 Jun ini.
Sementara itu, Johari berkata BN meletakkan sasaran untuk memenangi lebih separuh daripada 13 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan.
"Maklumat secara terperinci saya tidak boleh kongsikan lagi tetapi itu sasaran BN bagi Wilayah Persekutuan," katanya sambil melahirkan keyakinan mencapai sasaran itu berdasarkan prestasi BN membantu rakyat yang kini bertambah baik.
UMNO, yang menjadi tunjang utama BN, menguasai empat kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan iaitu Setiawangsa, Titiwangsa, Putrajaya dan Labuan.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rG26rQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Puteri sedia senarai calon PRU14 setiap negeri - Mas Ermieyati
Anda sekarang membaca artikel Puteri sedia senarai calon PRU14 setiap negeri - Mas Ermieyati dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/puteri-sedia-senarai-calon-pru14-setiap.html
0 Response to "Puteri sedia senarai calon PRU14 setiap negeri - Mas Ermieyati"
Catat Ulasan