Loading...

Rakyat disaran manfaat program jelajah TN50 - KSN

Loading...
Rakyat disaran manfaat program jelajah TN50 - KSN - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rakyat disaran manfaat program jelajah TN50 - KSN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rakyat disaran manfaat program jelajah TN50 - KSN
link : Rakyat disaran manfaat program jelajah TN50 - KSN

Baca juga


Rakyat disaran manfaat program jelajah TN50 - KSN

SHAH ALAM: Rakyat daripada pelbagai peringkat disaran untuk memanfaatkan program siri jelajah Transformasi Nasional 2050 (TN50) dengan berkongsi cadangan dan pendapat supaya dasar kerajaan dapat direalisasikan menjelang 2050.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa berkata program jelajah itu adalah platform paling tepat yang disediakan kepada rakyat untuk bersama-sama kerajaan membangunkan negara.

"Kita faham ini program baharu dan mungkin masih ada yang kurang faham apa itu sebenarnya TN50 ini...sebab itu kita mahu seluruh peringkat masyarakat bekerjasama dengan kerajaan bersama-sama memberi pandangan mereka sebagai usaha melengkapkan transformasi ini.

"Kerajaan menerusi kepimpinan sedia ada akan mempergiatkan usaha memberi penerangan termasuk memperkasakan aktiviti turun padang bertemu rakyat bagi memberi pendedahan berhubung perkara ini," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Siri Syarahan Tahunan KSN 2017 Mengenai Agenda Transformasi Kerajaan anjuran Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, yang turut dihadiri Naib Canselornya Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said.

Ali berkata pandangan atau idea golongan muda amat penting untuk didengar kerajaan memandangkan golongan itu merupakan penentu kepada kejayaan TN50.

"Sebab itu siri jelajah ini kita turut buka peluang kepada golongan belia dan para penuntut universiti selain penyertaan sektor kerajaan, swasta dan beberapa agensi serta badan bukan kerajaan yang lain," katanya.

TN50 yang dilancarkan pada 19 Jan lepas, digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai satu dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020.

Ia menggariskan tujuh fokus yang dikenal pasti sebagai aspirasi generasi muda iaitu nilai murni, urus tadbir, persekitaran, pendidikan, pekerjaan, gaya hidup dan meletakkan Malaysia di pentas global.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rkjXYe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Rakyat disaran manfaat program jelajah TN50 - KSN

Sekianlah artikel Rakyat disaran manfaat program jelajah TN50 - KSN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rakyat disaran manfaat program jelajah TN50 - KSN dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/rakyat-disaran-manfaat-program-jelajah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rakyat disaran manfaat program jelajah TN50 - KSN"

Catat Ulasan

Loading...