Loading...
Judul : Rakyat Malaysia disahkan maut dalam pertempuran di Mindanao
link : Rakyat Malaysia disahkan maut dalam pertempuran di Mindanao
Rakyat Malaysia disahkan maut dalam pertempuran di Mindanao
DAVAO CITY: Rakyat Indonesia dan Malaysia disahkan antara pemberontak warga asing yang terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Filipina di Mindanao.
Peguam Negara, Jose Calida, yang mengesahkan perkara itu turut berkata, kerjasama antara warga asing dengan militan tempatan itu sesuatu yang jarang berlaku.
"Sebelum ini, ia hanya kumpulan pengganas tempatan, tetapi kini ia mula membabitkan ideologi militan Daesh," kata Calida pada satu sidang akhbar.
Warga Malaysia dan Indonesia itu adalah antara enam yang terbunuh dalam pertempuran selama tiga hari di bandar Marawi, apabila tentera cuba mengusir pemberontak Maute, yang dikaitkan dengan kumpulan Daesh.
Seramai 11 askar dan 31 militan terbunuh selepas Filipina mengerahkan helikopter penggempur dan pasukan khas untuk mengusir sekumpulan lelaki bersenjata dari bandar di selatan Manila, yang mempunyai dengan 200,000 penduduk.
Walau kurang dikenali, Maute adalah sebuah kumpulan pengganas yang sering menimbulkan masalah kepada tentera.
Ia dikatakan bertanggungjawab ke atas pengeboman di bandar kelahiran Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, di Davao pada September tahun lalu, yang mengorbankan 14 orang dan mencederakan puluhan mangsa yang lain.
Serbuan semalam bertujuan menangkap seorang pemimpin puak radikal lain, Isnilon Hapilon, daripada kumpulan militan Abu Sayyaf.
Kerajaan berkata, Hapilon berperanan sebagai pemimpin utama militan Daesh di Filipina, yang bekerjasama dengan pemimpin Maute.
Calida berkata, Daesh mengisytiharkan Hapilon sebagai 'pemerintah' mereka atau pemimpin di Filipina. - REUTERS
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qV8htY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Rakyat Malaysia disahkan maut dalam pertempuran di Mindanao
Sekianlah artikel Rakyat Malaysia disahkan maut dalam pertempuran di Mindanao kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rakyat Malaysia disahkan maut dalam pertempuran di Mindanao dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/rakyat-malaysia-disahkan-maut-dalam.html
0 Response to "Rakyat Malaysia disahkan maut dalam pertempuran di Mindanao"
Catat Ulasan