Loading...
Judul : Rasuah RM101: Penganggur Kena Penjara 6 bulan, Denda RM10,000
link : Rasuah RM101: Penganggur Kena Penjara 6 bulan, Denda RM10,000
Rasuah RM101: Penganggur Kena Penjara 6 bulan, Denda RM10,000
SEREMBAN: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 6 bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini, atas kesalahan memberi suapan berjumlah RM101 kepada seorang anggota sukarelawan polis, tahun lepas.
Hakim Fathiyah Idris menjatuhkan hukuman tersebut selepas Mohamad Daud Abdullah, 53, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa.
Mengikut fakta kes, Daud didakwa memberikan suapan itu kepada Konstabel Peh Chee Chong sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam bersama seorang wanita.
Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di Jalan S2 G2 Garden Avenue, Seremban 2, pada pukul 11.20 malam, 9 Jun tahun lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda nilai suapan atau RM10,000.
Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Karmila Mokhtar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara tambahan 6 bulan sekiranya gagal membayar denda selain wang suapan dilucut hak kepada kerajaan Malaysia. #sumber
Demikianlah Artikel Rasuah RM101: Penganggur Kena Penjara 6 bulan, Denda RM10,000
Sekianlah artikel Rasuah RM101: Penganggur Kena Penjara 6 bulan, Denda RM10,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rasuah RM101: Penganggur Kena Penjara 6 bulan, Denda RM10,000 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/rasuah-rm101-penganggur-kena-penjara-6.html
0 Response to "Rasuah RM101: Penganggur Kena Penjara 6 bulan, Denda RM10,000"
Catat Ulasan