Loading...

Rezeki Elly, Zul

Loading...
Rezeki Elly, Zul - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rezeki Elly, Zul, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rezeki Elly, Zul
link : Rezeki Elly, Zul

Baca juga


Rezeki Elly, Zul

Jumaat lalu diumumkan pula keputusan Super Karoks Kool FM musim kedua menyaksikan Elly Mazlein dan Zul 2 By 2 dari kumpulan Apoo menjuarai pertandingan itu dengan mendapat undi majoriti 76 peratus.

Mereka meninggalkan yang lain jauh di belakang apabila kumpulan Wow (Dia Fadila dan Haida) hanya mendapat 10 peratus undian dan bakinya 14 peratus lagi dikongsi kumpulan Bedeboom (Adibah Noor dan Vince), Gitewlaa (Syura dan Bob Yusof) serta RGVictory (Rem dan Gmie).

Kumpulan Apoo juga menang dua kali juara ming­guan manakala Gitewlaa sekali. Minggu akhir juga mencatat sejarah apabila undian terkumpul mereka mencecah 5 juta sejak dibuka selama empat hari bermula Isnin.

Ini kali kedua pertandingan seumpamanya dianjurkan stesen radio Kool FM dan tahun lalu menyaksikan gandingan Intan Sarafina dan Elyana menjadi juara.

Nampaknya mereka yang bertanding juga pernah menyertai program Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) seperti Elly, Rem dan Gmie. Tahun lalu juga begitu seperti Intan Sarafina dan Ayie. Sebabnya, mereka mempunyai peminat.

Selepas lama menyepi dalam nyanyian dan lebih dikenali sebagai pelakon, rezeki Elly mencurah-curah dengan pelbagai tawaran selepas GV3.

Untuk juara mingguan, mereka menerima RM5,000 dan kali ini untuk juara membawa pulang RM30,000. Lagu Putus Terpaksa nyanyian asal Ziana Zain membawa rezeki buat mereka.

Kalau dari segi penilaian juri, hakikatnya mereka memilih Adibah dan Vince menyanyikan lagu Beauty And The Beast kerana kemantapan vokal tetapi keputusannya di tangan peminat.

Mungkin ramai tidak tahu pengaruh besar Zul 2 By 2 yang pernah popular dengan lagu Mawarku bersama Datuk Siti Nurhaliza.

Difahamkan, Zul atau Zulkefli Majid, 35, mempu­nyai ramai peminat di negara jiran Indonesia ditambah pula selepas menjadi juri pertandingan Dangdut Academy Asia bersama Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah tahun lalu.

Tidak hairan kumpulannya mengumpul 5 juta undian. Mungkin populariti mereka tidak dilihat di negara sendiri tetapi hakikatnya, ramai juga yang berjaya mencuri hati peminat luar. Itulah kuasa media sosial sekarang

The post Rezeki Elly, Zul appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qHlFT2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Rezeki Elly, Zul

Sekianlah artikel Rezeki Elly, Zul kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rezeki Elly, Zul dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/rezeki-elly-zul.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rezeki Elly, Zul"

Catat Ulasan

Loading...