Loading...

Rezeki lepas kahwin

Loading...
Rezeki lepas kahwin - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rezeki lepas kahwin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rezeki lepas kahwin
link : Rezeki lepas kahwin

Baca juga


Rezeki lepas kahwin

Rezeki bergelar isteri mula dirasakan penyanyi Ila Damiaa. Kehidupannya juga semakin berbeza terutama pengendalian masa.

Menurut Ila, pada awal perkahwinan dia tidak terlalu sibuk namun selepas muncul dengan single baru berjudul Cuma Kamu, jadualnya semakin padat.

“Saya perlu bijak menyusun jadual. Malah, komitmen sebagai isteri dan penyanyi membuatkan saya lebih menghargai masa,” katanya.

Akui Ila, pada peringkat awal rangka promosi single itu, dia agak kelam-kabut.

“Mula-mula memang huru-hara. Syukur, selepas dapat menyesuaikan diri segalanya berjalan lancar,” katanya.

Menetap di Kuching, Sarawak tidak menghalang Ila untuk berulang alik ke Kuala Lumpur bagi mempromosikan single terbarunya itu.

“Saya kerap berulang-alik dan ada kalanya suami menemani saya ke Kuala Lumpur. Dia faham kerjaya dan tanggungjawab saya di sini,” katanya.

Ditanya sama ada suaminya, Abang Mohd Sahril Abang Spian meletakkan sebarang syarat jika mahu terus aktif menyanyi, Ila menggeleng kepala.

“Dia tidak pernah meletakkan sebarang syarat kepada saya. Dia pun gembira melihat saya kembali aktif menyanyi dan sentiasa memberikan sokongan.

“Kalau nak tahu, dia peminat dan pengkritik nombor satu saya,” katanya.

Ila juga meluahkan rasa syukur kerana bernaung di bawah label yang memahami komitmennya sebagai isteri.

“Kartel umpama keluarga buat saya. Mereka tidak pernah meletakkan syarat, bahkan membenarkan saya berumah tangga dan melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri sebaik mungkin.

“Saya juga sangat berpuas hati dengan cara mereka menguruskan kerjaya saya,” katanya.

Selepas setahun bergelar isteri, antara soalan yang paling kerap diterimanya adalah mengenai cahaya mata.

“Kami tidak merancang dan sentiasa berusaha mendapatkan zuriat. Namun, belum ada rezeki setakat ini.

“Kadangkala, penat juga apabila kerap diajukan soalan sama. Namun, saya melihatnya dari sudut positif dan menganggap mereka mengambil berat mengenai saya,” kata Ila.

Ila sentiasa mengharapkan kerjayanya berjalan lancar, malah single barunya diterima baik semua pihak.

The post Rezeki lepas kahwin appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pzpkhg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Rezeki lepas kahwin

Sekianlah artikel Rezeki lepas kahwin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rezeki lepas kahwin dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/rezeki-lepas-kahwin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rezeki lepas kahwin"

Catat Ulasan

Loading...