Loading...

RON 95 RM4.09 seliter? Ini kenyataan rasmi dari Shell

Loading...
RON 95 RM4.09 seliter? Ini kenyataan rasmi dari Shell - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RON 95 RM4.09 seliter? Ini kenyataan rasmi dari Shell, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RON 95 RM4.09 seliter? Ini kenyataan rasmi dari Shell
link : RON 95 RM4.09 seliter? Ini kenyataan rasmi dari Shell

Baca juga


RON 95 RM4.09 seliter? Ini kenyataan rasmi dari Shell

sumber: paultan.org

Anda mungkin sudah terbaca tentang ada pengguna yang dikenakan bayaran RM4.09 liter bagi petrol RON 95, atau RM4.65 seliter bagi RON 97 di media sosial hari ini. Begitu cepan ia menjadi tular bukanlah satu yang yang menghairankan, kerana harga minyak memang topik yang cepat mendapat perhatian.

Harga yang dikenakan itu jauh lebih tinggi dari yang sepatutnya; RM2.08 seliter bagi RON 95 dan RM2.36 seliter bagi RON 97. Maka, ia menjadi satu hal yang mengejutkan ramai orang.

Menurut Shell Malaysia, sebanyak 160 transaksi terkesan dengan kemaskini harga yang tidak tepat ini, bermula dari 12.01am hingga 1.30am pada 18 Mei. Syarikat itu telah mengesan masalah itu sebaik ia dikenal pasti. Shell juga menggesa pengguna yang terlibat, yang mengisi minyak dalam tempoh berkenaan untuk memeriksa resit mereka, dan hadir semula ke stesen minyak yang berkaitan untuk menebus semula perbezaan harga yang mereka bayar.

Berikut merupakan kenyataan rasmi Shell Malaysia:

Kami sedia maklum berkenaan adanya masalah dengan kemaskini harga minyak kami semalam, dengan kira-kira 160 transaksi terlibat dalam rentang waktu dari 12.01am hingga 1.30am pada 18 Mei 2017. Jika anda ada mengisi minyak dalam tempoh itu di mana-mana stesen kami, sila semak semula resit anda, dan bawanya kembali ke stesen yang berkaitan di mana anda membuat pembayaran berkenaan untuk menebus perbezaan harga yang dikenakan.

Sebagai rujukan, berikut adalah senarai harga bagi bahan api dari 18-24 Mei 2017 yang sepatutnya:

Shell FuelSave 95: RM2.08 seliter
Shell V-Power 97: RM2.36 seliter
Shell V-Power Racing: RM3.06 seliter
Shell FuelSave Diesel (Euro 2M): RM1.99 seliter
Shell FuelSave Diesel (Euro 5): RM2.09 seliter

Kami memohon maaf di atas kesulitan ini, dan terima kasih di atas sokongan dan kesetiaan anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, hubungi talian khidmat pelanggan kami di 1300 88 1808.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qygdkA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel RON 95 RM4.09 seliter? Ini kenyataan rasmi dari Shell

Sekianlah artikel RON 95 RM4.09 seliter? Ini kenyataan rasmi dari Shell kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RON 95 RM4.09 seliter? Ini kenyataan rasmi dari Shell dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/ron-95-rm409-seliter-ini-kenyataan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "RON 95 RM4.09 seliter? Ini kenyataan rasmi dari Shell"

Catat Ulasan

Loading...