Judul : Saksi kemalangan maut babitkan bayi berusia tiga bulan Ahad lalu tampil bantu siasatan
link : Saksi kemalangan maut babitkan bayi berusia tiga bulan Ahad lalu tampil bantu siasatan
Saksi kemalangan maut babitkan bayi berusia tiga bulan Ahad lalu tampil bantu siasatan
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R.Supramaniam berkata lelaki berkenaan hadir di balai polis pada 9 malam dan telah memberi maklumat berhubung kejadian itu.
"Dia juga telah menyerahkan rakaman video serta alat perakam video kepada pihak polis bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Supramaniam berkata ketika kejadian, saksi juga turut membantu mangsa kemalangan Perodua Axia yang telah terbabas.Beliau berkata berikutan kejadian itu, seorang wanita, 27 tahun pemandu kereta Proton Persona ditahan sehari selepas kejadian namun, dibebaskan dengan jaminan polis sejurus selesai ujian air kencing dan spesimen darah diambil untuk dianalisis.
"Kes ini akan dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 selepas mendapat laporan daripada agensi-agensi berkaitan serta di rujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya," katanya.
Dalam kejadian pukul 1 tengah hari itu, kereta Proton Persona yang dipandu wanita terbabit dan kereta Perodua Axia yang dipandu Shahril Salleh, 32, terlibat dalam kemalangan yang mana Perodua Axia itu terbabas dan termasuk ke dalam longkang manakala Proton Persona itu berpusing ke arah bertentangan dan menghentam pembahagi jalan.
Kemalangan itu menyebabkan isteri Shahril, Rafnah Mongudancgal, 35, dan bayinya Aril Rizqin Redza tercampak keluar dari kereta. Bayi berkenaan disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh.
Rafnah, Shahril dan dua lagi anak lelaki mereka, Aril Hakimi Ashraf, 11, dan Aril Zakuan Haris, 4, serta pemandu kereta Proton Persona itu hanya mengalami cedera ringan.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qF5i5x
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Saksi kemalangan maut babitkan bayi berusia tiga bulan Ahad lalu tampil bantu siasatan
Anda sekarang membaca artikel Saksi kemalangan maut babitkan bayi berusia tiga bulan Ahad lalu tampil bantu siasatan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/saksi-kemalangan-maut-babitkan-bayi.html
0 Response to "Saksi kemalangan maut babitkan bayi berusia tiga bulan Ahad lalu tampil bantu siasatan"
Catat Ulasan