Loading...

SALAH TADBIR LAIN TERABAI KERANA FOKUS MELAMPAU 1MDB

Loading...
SALAH TADBIR LAIN TERABAI KERANA FOKUS MELAMPAU 1MDB - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SALAH TADBIR LAIN TERABAI KERANA FOKUS MELAMPAU 1MDB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SALAH TADBIR LAIN TERABAI KERANA FOKUS MELAMPAU 1MDB
link : SALAH TADBIR LAIN TERABAI KERANA FOKUS MELAMPAU 1MDB

Baca juga


SALAH TADBIR LAIN TERABAI KERANA FOKUS MELAMPAU 1MDB

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, skandal 1MDB mendominasi berita bukan saja di dalam, malah di luar negara.

Namun bagi pakar ekonomi Dr Jomo K Sundaram, ada aspek lain yang perlu diberi perhatian di sebalik tumpuan pada isu syarikat pelaburan milik negara itu.

Kata Jomo, perhatian yang keterlaluan pada 1MDB membuka ruang kepada isu besar lain untuk tidak dipedulikan sangat.

Sebagai contoh, kata bekas penolong setiausaha agung PBB untuk hal ehwal pembangunan ekonomi itu, kejatuhan harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

“Peneroka Felda digalakkan membeli saham dalam syarikat dinamakan FGV ini. Mereka mengeluarkan wang untuknya dan sekarang nilai saham itu lebih sedikit saja daripada apa yang mereka bayar dulu.

“Mereka diperdaya. Dengan pilihan raya semakin hampir mereka diberi jaminan semula bahawa mereka tidak akan hilang wang dan sebagainya, tapi jelas ini adalah salah satu contoh salah laku.

“Sama ada anda menggelarnya rasuah atau bukan, kita kaji kemudian,” katanya pada suatu forum di Petaling Jaya malam tadi.

Beliau yang kini menduduki Kerusi Tun Hussein Onn di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia bercakap di majlis forum “Reformasi Daftarr Pilihan Raya Sebelum PU14” dianjurkan BERSIH di pejabat Malaysiakini.

Sebagai seorang daripada panel forum, Jomo ditanya pandangannya mengenai keadaan rasuah di Malaysia.

Kata Jomo, jika dalam keadaan seluruh sistem sudah dianggap korup, apa yang sah atau halal tidak semestinya bebas daripada rasuah sebaliknya alaman yang diterima umum.

“Jadi garis pemisah untuk anda menentukan sesuatu itu korup atau tidak sangat sukar untuk ditentukan kerana ia (sesuatu amalan itu) mungkin diterima secara sempurna mengikut undang-undang.
“Bekas presiden Afrika Selatan, Thabo Mbeki – sebagai contoh – menerbitkan satu laporan tiga tahun lalu mengenai aliran dana haram.

“Haram tidak semestinya bermakna ia melanggar undang-undang tetapi sesuatu yang berada di luar penerimaan masyarakat,” katanya.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rjMfCj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel SALAH TADBIR LAIN TERABAI KERANA FOKUS MELAMPAU 1MDB

Sekianlah artikel SALAH TADBIR LAIN TERABAI KERANA FOKUS MELAMPAU 1MDB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SALAH TADBIR LAIN TERABAI KERANA FOKUS MELAMPAU 1MDB dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/salah-tadbir-lain-terabai-kerana-fokus.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "SALAH TADBIR LAIN TERABAI KERANA FOKUS MELAMPAU 1MDB"

Catat Ulasan

Loading...