Judul : Sasaran 15 peratus pelajar jadi usahawan semasa dalam pengajian menjelang 2020 - KPT
link : Sasaran 15 peratus pelajar jadi usahawan semasa dalam pengajian menjelang 2020 - KPT
Sasaran 15 peratus pelajar jadi usahawan semasa dalam pengajian menjelang 2020 - KPT
Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Dr Mary Yap Kain Ching berkata lebih 60 peratus pelajar terlibat aktif dalam program dan aktiviti keusahawanan di institut pengajian tinggi (IPT) pada 2016 dan tiga peratus daripadanya telah menjadi usahawan semasa masih dalam pengajian.
"Kita merujuk kepada rangka kerja yang kita mahu pelajar kita bukan menjadi pencari kerja tetapi mereka perlu menjadi pencipta kerja," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan "Siswapreneur Showcase 2017" di sini pada Isnin.
Beliau menarik perhatian bahawa program-program keusahawanan yang dilaksanakan IPT di bawah Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2016-2020 adalah berkonsepkan ''Learn and Earn'' dengan peluang menjana pendapatan sendiri semasa dalam pengajian melalui pelaksanaan projek keusahawanan dan aktiviti perniagaan.Program Siswapreneur Showcase yang julung kali diadakan itu ialah antara inisiatif KPT bertujuan memberi pendedahan sebenar tentang dunia keusahawanan supaya pelajar lebih bersedia untuk mempraktikkan ilmu dan kemahiran apabila terlibat secara serius dalam bidang ini.
Program itu melibatkan lebih 50 usahawan pelajar daripada beberapa IPT seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Kolej Komuniti Tanjung Karang.
Siswapreneur Showcase akan dianjurkan dalam beberapa siri dan program seterusnya dijangka diadakan pada Jun ini di Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qxUKFA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Sasaran 15 peratus pelajar jadi usahawan semasa dalam pengajian menjelang 2020 - KPT
Anda sekarang membaca artikel Sasaran 15 peratus pelajar jadi usahawan semasa dalam pengajian menjelang 2020 - KPT dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/sasaran-15-peratus-pelajar-jadi.html
0 Response to "Sasaran 15 peratus pelajar jadi usahawan semasa dalam pengajian menjelang 2020 - KPT"
Catat Ulasan