Loading...

“Saya Bukan Sombong Tetapi Hanya Akan Lakukan Apa Yang Menggembirakan Saya.” – Que Haidar

Loading...
“Saya Bukan Sombong Tetapi Hanya Akan Lakukan Apa Yang Menggembirakan Saya.” – Que Haidar - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Saya Bukan Sombong Tetapi Hanya Akan Lakukan Apa Yang Menggembirakan Saya.” – Que Haidar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Saya Bukan Sombong Tetapi Hanya Akan Lakukan Apa Yang Menggembirakan Saya.” – Que Haidar
link : “Saya Bukan Sombong Tetapi Hanya Akan Lakukan Apa Yang Menggembirakan Saya.” – Que Haidar

Baca juga


“Saya Bukan Sombong Tetapi Hanya Akan Lakukan Apa Yang Menggembirakan Saya.” – Que Haidar

“Saya Bukan Sombong Tetapi Hanya Akan Lakukan Apa Yang Menggembirakan Saya.” – Que Haidar

Tulis lagu dan lirik istimewa buat arwah ayah tercinta. (Gambar: Z.Nadzri)

“Ada tawaran berlakon tetapi skrip dan watak tidak menarik. Saya tak akan buat perkara yang tidak menggembirakan saya,” kata Que Haidar, 37, mengenai kelibatnya yang amat kurang terlihat dalam drama atau filem.

Que dambakan watak yang ada karektor. Ada pengarah menawarnya membawakan watak daripada novel yang menjadi trend terkini tetapi ditolaknya dengan baik.

“Watak itu ‘bukan diri’ saya dan tidak mungkin saya akan melakonkannya. Saya tiada masalah dengan skrip dan watak yang ditawarkan tetapi ia tidak menetapi cita rasa saya.

'Watak' sebegitu bukan diri saya.

“Tidak seperti dulu, kebanyakan watak sekarang tidak dikupas dengan mendalam,” katanya.

Kepada peminat pelakon itu pasti faham benar karya yang menjadi pilihannya. Que sangggup botakkan kepalanya dalam drama Cahaya Malaika dan penampilannya sebagai penyanyi rock bernama Amy Mat Piah dalam filem Rock Oo sehingga kini dingati penonton filem itu. Keberkesannya menghayati watak Sepet dalam filem Castello sehingga dianugerahkan Pelakon Harapan Lelaki dalam Festival Filem Malaysia ke-19.

Salurkan bakat lakonan di kalangan anak Felda.

“Saya bukan sombong tetapi saya hanya akan melakukan apa yang saya suka dan menggembirakan,” katanya.

Pun begitu, Que terus ‘menghidupkan’ dan menyalurkan bakat lakonannya di kalangan anak Felda menerusi Ikatan Seni Komuniti FELDA (ISKAF). Dia bergerak mencari bakat seni anak-anak Felda bersama Presiden ISKAF iaitu pelakon Jalil Hamid.

“Kami berdua adalah ‘anak felda’ dan kami mahu menyumbangkan sesuatu kepada generasi muda Felda. Alhamdulilah, maklum balas yang diterima amat baik,” katanya.

Nukilan rasa kasih dan cinta pada Allahyarham bapa.

Terbaru, Que melancarkan single terbarunya berjudul Kisah Cinta, yang ditujukan kepada insan-insan yang disayanginya. Lagu dan lirik oleh Que sendiri dan pastinya lagu itu begitu istimewa di hatinya kerana Kisah Cinta juga adalah satu nukilan rasa, kasih dan cintanya kepada Allahyarham bapanya yang sudah ‘pergi’ untuk selama-lamanya pada 2001.

“Belum sempat bapa melihat kejayaan saya, dia sudah pergi dijemput Ilahi.  Rindu dendam saya padanya tidak pernah terpadam.  Setiap kali mengenangkannya pasti berlenang air mata saya,” katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rdSbMz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel “Saya Bukan Sombong Tetapi Hanya Akan Lakukan Apa Yang Menggembirakan Saya.” – Que Haidar

Sekianlah artikel “Saya Bukan Sombong Tetapi Hanya Akan Lakukan Apa Yang Menggembirakan Saya.” – Que Haidar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Saya Bukan Sombong Tetapi Hanya Akan Lakukan Apa Yang Menggembirakan Saya.” – Que Haidar dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/saya-bukan-sombong-tetapi-hanya-akan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "“Saya Bukan Sombong Tetapi Hanya Akan Lakukan Apa Yang Menggembirakan Saya.” – Que Haidar"

Catat Ulasan

Loading...