Judul : “Saya juga jadi angau selepas dapat anak, habis kerja terus balik awal untuk lihat anak” – Shaheizy Sam
link : “Saya juga jadi angau selepas dapat anak, habis kerja terus balik awal untuk lihat anak” – Shaheizy Sam
“Saya juga jadi angau selepas dapat anak, habis kerja terus balik awal untuk lihat anak” – Shaheizy Sam
Pelakon Shaheizy Sam mengakui bahawa hidupnya telah berubah selepas bergelar seorang ayah.
“Saya juga jadi angau selepas dapat anak, habis kerja terus balik awal untuk lihat anak” – Shaheizy Sam
Menurut Sam, dia kini banyak ingin menghabiskan masa untuk bersama keluarga terutama anaknya selepas habis waktu bekerja.
“Alhamdulillah kehidupan saya kini telah berubah kerana sebelum ini cuma berdua bersama isteri namun sekarang ini kami telah bertiga.
“Tidak dinafikan banyak perkara baru yang saya telah pelajari dan perkara itu membuatkan saya menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab.
“Saya juga jadi seperti angau selepas mendapat anak ini kerana bila habis waktu kerja saya akan terus pulang awal untuk melihat anak di rumah.
“Perkara ini juga memotivasikan saya untuk bekerja lebih keras kerana saya ingin memberi kehidupan yang sempurna kepada keluarga pada masa depan,” katanya kepada Astro Gempak.
Sam berkata demikian ketika ditemui pada sesi pengambaran Supertele Baby Bro, di Ayer@8, Putrajaya, baru-baru ini.
Tambah Sam, bayi lelakinya itu tidak mempunyai banyak ragam dan berada dalam keadaan yang sihat.
“Alhamdulillah bayi saya tidak banyak ragam dan dia akan berjaga pada waktu pagi untuk menyusu namun dia tidak akan menangis dan akan termenung sahaja,” ujarnya.
Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin mendirikan rumah tangga pada 7 Februari 2016 di Bukit Jawi Golf Resort, Nibong Tebal, Pulau Pinang setelah 6 tahun berkenalan.
Mereka telah dikurniakan seorang bayi lelaki pada 9 Mei lalu.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Sumber: Astro Gempak
Sumber “Saya juga jadi angau selepas dapat anak, habis kerja terus balik awal untuk lihat anak” – Shaheizy Sam
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qndO8Z
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel “Saya juga jadi angau selepas dapat anak, habis kerja terus balik awal untuk lihat anak” – Shaheizy Sam
Anda sekarang membaca artikel “Saya juga jadi angau selepas dapat anak, habis kerja terus balik awal untuk lihat anak” – Shaheizy Sam dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/saya-juga-jadi-angau-selepas-dapat-anak.html
0 Response to "“Saya juga jadi angau selepas dapat anak, habis kerja terus balik awal untuk lihat anak” – Shaheizy Sam"
Catat Ulasan