Loading...

“Saya Nampak Dia Memegang Yasin “Ibu Mimpi Mohamad Thaqif

Loading...
“Saya Nampak Dia Memegang Yasin “Ibu Mimpi Mohamad Thaqif - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Saya Nampak Dia Memegang Yasin “Ibu Mimpi Mohamad Thaqif, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Saya Nampak Dia Memegang Yasin “Ibu Mimpi Mohamad Thaqif
link : “Saya Nampak Dia Memegang Yasin “Ibu Mimpi Mohamad Thaqif

Baca juga


“Saya Nampak Dia Memegang Yasin “Ibu Mimpi Mohamad Thaqif


“Saya Nampak Dia Memegang Yasin “Ibu Mimpi Mohamad Thaqif |”Saya Nampak Dia Memegang Yasin kata ibu Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, Felda Wani Ahmad, 40 ketika menceritakan mimpi bertemu Allahyarham anaknya itu minggu lalu.

Menurutnya, dalam mimpi itu dia dapat melihat kelibat anaknya duduk di kerusi sambil memegang Yasin yang dihadiahkan Permaisuri Johor.

Felda Wani berkata, jika sebelum ini saban hari dia akan menangisi pemergian anaknya terutamanya di hari-hari awal Allahyarham yang merupakan anak sulung lelaki dalam keluarga itu meninggal dunia.
Bagaimanapun selepas mengalami mimpi itu dia lebih tenang dan lega kerana menganggap ia sebagai petanda bahawa Allahyarham memintanya agar jangan terus bersedih.

“Saya dapat lihat dalam mimpi itu arwah duduk di kerusi dalam keadaan sempurna kedua belah kakinya juga ada. Sebaik mendapat mimpi tersebut perasaan saya agak lega sedikit berbanding sebelumnya.

“Mungkin melalui mimpi itu arwah tidak mahu saya terus bersedih,”katanya ketika ditemui di rumah bapanya dekat Felda Bukit Aping Timur di sini.

Tambahnya, sejak pemergian Allahyarham dia tidak boleh menjamah nasi lemak ayam berikutan makanan tersebut merupakan kegemaran Mohamad Thaqif Amin.

Katanya, selain meminati nasi arab buatan air tangannya, Allahyarham juga sangat menggemari nasi lemak ayam malah ketika hayatnya Allahyarham akan menikmatinya tidak kira masa.

“Saya memang tidak boleh makan nasi lemak ayam sejak pemergian arwah. Malah seminggu sebelum arwah meninggal saya juga ralat kerana arwah ada minta saya untuk masak nasi arab. Masa tu saya ingat mahu masakkan selepas dia keluar hospital namun tak sempat,”katanya lagi.

Ketika ditanya tentang perasaan selepas dimaklumkan penggalian semula kubur anaknya itu, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Tiram berkata, sebagai seorang ibu sudah pasti perasaannya bercampur baur.

Katanya, apatah lagi jenazah arwah sudah hampir sebulan dikebumikan dan pelbagai andaian bermain di fikiran apabila memikirkan kubur anaknya itu akan digali semula.

“Fikir la sendiri macam mana perasaan saya sebagai seorang ibu. Dalam fikiran saya sudah pastilah fikir kaki arwah mesti sudah berbau dan sebagainya.

“Namun apabila doktor menunjukkan kaki arwah kepada saya sebelum dibawa ke hospital alhamdulillah tiada bau apa-apa dan masih keadaan baik,” katanya.

The post “Saya Nampak Dia Memegang Yasin “Ibu Mimpi Mohamad Thaqif appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rC6TdJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel “Saya Nampak Dia Memegang Yasin “Ibu Mimpi Mohamad Thaqif

Sekianlah artikel “Saya Nampak Dia Memegang Yasin “Ibu Mimpi Mohamad Thaqif kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Saya Nampak Dia Memegang Yasin “Ibu Mimpi Mohamad Thaqif dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/saya-nampak-dia-memegang-yasin-ibu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "“Saya Nampak Dia Memegang Yasin “Ibu Mimpi Mohamad Thaqif"

Catat Ulasan

Loading...