Loading...

Saya Sanggup Tidur Di Kaki Lima Ini Kerana Janji Saya Kepada Suami.

Loading...
Saya Sanggup Tidur Di Kaki Lima Ini Kerana Janji Saya Kepada Suami. - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saya Sanggup Tidur Di Kaki Lima Ini Kerana Janji Saya Kepada Suami., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saya Sanggup Tidur Di Kaki Lima Ini Kerana Janji Saya Kepada Suami.
link : Saya Sanggup Tidur Di Kaki Lima Ini Kerana Janji Saya Kepada Suami.

Baca juga


Saya Sanggup Tidur Di Kaki Lima Ini Kerana Janji Saya Kepada Suami.

"Walau seteruk mana kesusahan, walau semiskin dan sehina mana suami saya, selagi dia adalah suami saya, saya tempuhi demi janji saya.

Benar kata orang cinta itu buta, dan bukan semua wanita yang sangup terima suaminya sekiranya hidup susah, dan masih ada wanita yang sanggup terima keadaan suaminya walaupun hidup menjadi gelandangan.
Kasih seorang isteri yang setia bersama suami walaupun hidup susah menjadi gelandangan di ibu kota mendapat perhatian pihak wartawan Astor Awani.
Menurut laporan astroawani.com wanita yang mempunyai dua orang anak ini sangup bersama-sama suami
"Walau seteruk mana kesusahan, walau semiskin dan sehina mana suami saya, selagi dia adalah suami saya, saya tempuhi demi janji saya.
                             
"Biarpun perit untuk diterima tapi saya yakin mungkin belum sampai waktunya untuk kami menikmati sedikit rasa bahagia dan senang," ujar Liza (bukan nama sebenar) ketika ditemui di Jalan Tunku Abdul Rahman.
Menurut Liza seorang gelandangan di ibu kota, janji cinta setia itu dilafazkannya ketika menerima lamaran suaminya Husin (bukan nama sebenar) 8 tahun lalu.
Pasangan yang telah menjadikan kaki lima sebagai sebahagian potret hidup sejak 2 tahun lalu dikurniakan dua orang cahaya mata.
Puteri sulung mereka yang sentiasa girang ketika ditanya sebarang soalan kini berusia 6 tahun manakala putera mereka baru berusia setahun 7 bulan.
Penulis sempat menanyakan soalan kepada "si peramah" kecil molek yang ketika itu sedang menulis sesuatu di atas serpihan kotak lusuh yang ditinggalkan gelandangan.
"Adik lukis apa?" sapaku.
"Cikgu suruh lukis rumah, esok cikgu nak tengok," jawab intan (bukan nama sebenar dengan girang tanpa menoleh sedikit pun kerana asyik dengan kreativinya).
Jauh di sudut hati penulis, tahukah anak kecil ini bagaimana suasana sekolah sebenarnya sedangkan menurut bapanya hanya kanak-kanak kaki lima menjadi rakan penghibur si kecil itu lebih 2 tahun lalu.
"Pernah satu ketika kami benar-benar tidak mempunyai wang untuk membayar sewa bilik.
"Di kaki lima inilah saya bawa isteri dan anak-anak tidur," ujar Husin yang sedikit sayu.
"Perkara pertama saya buat ketika mencelikkan mata selepas tidur ketika itu adalah untuk melihat isteri dan anak-anak saya.
"Saya bersyukur sangat-sangat kerana isteri saya masih dengan janjinya itu dan anak-anak saya sedikit pun tidak menangis kerana ketidakselasaan beratapkan langit malam itu," ujarnya lagi.
Luluh hati penulis melihat mahkota ketabahan yang diberi pada insan-insan ini.
"Kenapa masyarakat perlu berterusan menghukum saya Bang?" soal Husin kepada saya.
Cerita lanjut kisah pasangan ini akan dapat anda saksikan dalam program Syah Kaki Lima - episod lapan berjudul  'Dilema Gelandangan Berkeluarga' Sabtu, 11:15 pagi di saluran 501 Astro AWANI dan di astroawani.com.
Saksikan juga episod-episod menarik 'Syah Kaki Lima' sebelum ini di laman astroawani.com


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rygxgY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Saya Sanggup Tidur Di Kaki Lima Ini Kerana Janji Saya Kepada Suami.

Sekianlah artikel Saya Sanggup Tidur Di Kaki Lima Ini Kerana Janji Saya Kepada Suami. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saya Sanggup Tidur Di Kaki Lima Ini Kerana Janji Saya Kepada Suami. dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/saya-sanggup-tidur-di-kaki-lima-ini.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Saya Sanggup Tidur Di Kaki Lima Ini Kerana Janji Saya Kepada Suami."

Catat Ulasan

Loading...