Loading...

Sekarang Pun Masih Sakit

Loading...
Sekarang Pun Masih Sakit - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sekarang Pun Masih Sakit, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sekarang Pun Masih Sakit
link : Sekarang Pun Masih Sakit

Baca juga


Sekarang Pun Masih Sakit


KUALA LUMPUR: Kecederaan sendi tengkuk Aaron Aziz yang dialaminya sejak empat tahun lalu masih belum pulih dan ia terus mengganggu kehidupan pelakon kacak ini.

Selain kerap dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan suntikan, kedatangan Ramadan kali ini terus memaksa Aaron, 41, untuk berehat.

"Sekarang masih sakit, doktor suruh buat pembedahan untuk betulkan sendi leher tapi saya tidak mahu. Buat masa ini saya berehat dan mengelakkan kerja-kerja berat," ujarnya kepada mStar Online.

Aaron ditemui pada majlis Sembang Santai Jakel Barulah Raya 2017, di Jakel Mall, di sini pada Ahad.

Pelakon Ombak Rindu ini mengalami penyakit berkenaan selepas terbabit dalam kemalangan ketika penggambaran Fear Factor Malaysia pada 2013 di Afrika Selatan.

Dia juga kerap dimasukkan ke hospital dan menerima suntikan steroid bagi mengurangkan kesakitan itu.

Ujar Aaron, dia masih dilarang untuk melakukan apa-apa kerja berat kerana bimbang penyakit itu terus menyerangnya.

Dalam perkembangan lain ditanya tentang Fattah Amin yang dilihat berjaya mencantas popularitinya dalam melakonkan adegan romantik Aaron berkata, ia adalah rezeki pemuda tersebut.

Katanya, Fattah mempunyai bakat dan pakej tersendiri untuk menjadi bintang.

"Ini adalah rezeki dia dan tiada siapa pun boleh mempertikaikannya. Bagi saya jika orang kata dia tidak bagus dalam lakonan dia boleh belajar lagi.

"Susah untuk mengukur potensi seseorang pelakon kerana ada yang boleh berlakon romantik tapi tidak boleh buat aksi. Ia sesuatu yang subjektif," ujarnya.-mStar



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qxyPOw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Sekarang Pun Masih Sakit

Sekianlah artikel Sekarang Pun Masih Sakit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sekarang Pun Masih Sakit dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/sekarang-pun-masih-sakit.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sekarang Pun Masih Sakit"

Catat Ulasan

Loading...