Loading...

SENARAI ‘KABINET HARAPAN’ DITEMUI DI KONGRES PKR

Loading...
SENARAI ‘KABINET HARAPAN’ DITEMUI DI KONGRES PKR - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SENARAI ‘KABINET HARAPAN’ DITEMUI DI KONGRES PKR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SENARAI ‘KABINET HARAPAN’ DITEMUI DI KONGRES PKR
link : SENARAI ‘KABINET HARAPAN’ DITEMUI DI KONGRES PKR

Baca juga


SENARAI ‘KABINET HARAPAN’ DITEMUI DI KONGRES PKR

Senarai barisan kabinet Pakatan Harapan muncul sekali lagi, kali ini di Kongres Nasional PKR yang berlangsung di Shah Alam hari ini.

Sekurang-kurangnya 10 salinan bertajuk “Kabinet Harapan Malaysia” ditemui di tangga menuju ke bilik media di Dewan Raja Muda Musa.

Senarai ini menyaksikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinamakan sebagai perdana menteri dan Menteri Dalam Negeri. Manakala Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, dinamakan sebagai timbalannya dan menteri kewangan.

Senarai itu memaparkan simbol daripada empat parti Pakatan Harapan – PKR, DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), serta Parti Warisan Sabah.

Tidak jelas mengapa logo Warisan serta Timbalan Presidennya, Darell Leiking berada dalam senarai itu. Warisan, walaupun merupakan parti pembangkang tetapi bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan.

Selain Wan Azizah dan Lim, juga dalam senarai itu adalah pemimpin tertinggi HARAPAN- dengan pemimpin-pemimpin tertinggi setiap parti “mengisi” barisan kabinet tersebut.

Bagaimanapun, Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang tidak berada dalam senarai itu.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, yang sering disebut-sebut oleh penyokong mereka sebagai calon perdana menteri, juga tiada dalam senarai.

Tinjauan Malaysiakini bagaimanapun mendapati senarai itu tidak disebar secara meluas. Perwakilan PKR juga tidak dilihat memegang senarai tersebut.

Mengulas perkara itu, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil mengecam perbuatan itu sebagai “propaganda” daripada musuh politik PKR dan HARAPAN.

“Jika ada sebarang senarai, ia tak akan ditinggalkan di tangga seperti itu dan akan diumumkan di seluruh negara semasa ceramah.

“Tetapi terima kasih kepada mereka yang telah berikan rakyat idea bahawa PKR dan HARAPAN bersedia untuk mengambil alih Putrajaya,” kata Fahmi dalam satu kenyataan ringkas kepada media.

Ini bukan kali pertama senarai itu timbul. Tahun lepas, Kit Siang mengecam senarai barisan kabinet yang disebarkan di media sosial yang menamakan beliau sebagai perdana menteri dan Mahathir sebagai timbalannya.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qMnn3b

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel SENARAI ‘KABINET HARAPAN’ DITEMUI DI KONGRES PKR

Sekianlah artikel SENARAI ‘KABINET HARAPAN’ DITEMUI DI KONGRES PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SENARAI ‘KABINET HARAPAN’ DITEMUI DI KONGRES PKR dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/senarai-kabinet-harapan-ditemui-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "SENARAI ‘KABINET HARAPAN’ DITEMUI DI KONGRES PKR"

Catat Ulasan

Loading...