Loading...
Judul : Sesak 4 Jam Isteri Langgar Kereta Suami Didakwa Curang
link : Sesak 4 Jam Isteri Langgar Kereta Suami Didakwa Curang
Sesak 4 Jam Isteri Langgar Kereta Suami Didakwa Curang
Kesesakan teruk berlaku gara-gara 'drama' sepasang suami isteri di tengah-tengah jalan raya ekoran kes curang membabitkan pasangan itu.
BANGKOK: Kesesakan teruk berlaku di utara ibu negara Thailand gara-gara 'drama' sepasang suami isteri di tengah-tengah jalan raya ekoran kes curang membabitkan pasangan itu.
Menurut laporan portal Asia News Network, kejadian itu berpunca apabila wanita terbabit bertindak nekad merempuh kereta yang dinaiki suaminya bersama seorang perempuan simpanan lelaki itu.
Wanita yang memandu Toyota Fortuner melanggar kereta jenis Mercedes Benz dipandu suaminya menyebabkan kemalangan yang turut melibatkan empat kereta lain di Pathum Thani pada petang Sabtu.
Kemalangan yang berlaku jam 4.30 petang di jalan Rangsit-Nakhon Road, Tambon Bung Yitow itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih empat jam.
Siasatan awal polis mendapati, wanita itu mengesan suaminya menggunakan GPS sebelum terserempak kereta suaminya di Sawai Pracharat Road sebelum mengambil keputusan melanggar kereta suaminya bagi mengelakkan lelaki itu melarikan diri.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan kesudahan 'drama' itu sama ada kesemua mereka yang terlibat ditahan polis atau mengalami kecederaan.-mStar Online
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pNOuIY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Sesak 4 Jam Isteri Langgar Kereta Suami Didakwa Curang
Sekianlah artikel Sesak 4 Jam Isteri Langgar Kereta Suami Didakwa Curang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sesak 4 Jam Isteri Langgar Kereta Suami Didakwa Curang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/sesak-4-jam-isteri-langgar-kereta-suami.html
0 Response to "Sesak 4 Jam Isteri Langgar Kereta Suami Didakwa Curang"
Catat Ulasan