Judul : Sesiapa Sahaja Yang Menggantikan Tempat Kuroda Bakal Berdepan Kesukaran : Reuters
link : Sesiapa Sahaja Yang Menggantikan Tempat Kuroda Bakal Berdepan Kesukaran : Reuters
Sesiapa Sahaja Yang Menggantikan Tempat Kuroda Bakal Berdepan Kesukaran : Reuters
Menurut satu tinjauan yang dijalankan oleh Reuters, walaupun Gabenor Bank of Japan, Haruhiko Kuroda dijangka akan menyambung tempoh perkhidmatannya lima tahun lagi selepas tempoh tersebut berakhir April depan, kebanyakan penganalisis juga bersetuju bahawa salah seorang ahli kanan bank pusat tersebut juga mempunyai potensi untuk mengambil tempat tersebut.
Di dalam tinjauan tersebut, kebanyakan penganalisis juga bersetuju bahawa sesiapa sahaja yang menggantikan beliau akan berdepan dengan tugas sukar bagi meneraju dasar monetari super longgar yang ditinggalkan Kuroda.
Menurut Ketua Ekonomi di Institut Penyelidikan Norinchukin iaitu Takeshi Minami melihat bahawa tiada sebab untuk menggantikan Kuroda. Beliau juga menyifatkan bahawa sesiapa sahaja yang memegang jawatan tersebut akan berdepan kesukaran untuk keluar daripada dasar pelonggaran monetari yang telah diadaptasi ke dalam ekonomi Jepun.
Lebih separuh daripada responden juga memuji kepimpinan Kuroda. Namun begitu, dasar yang direncanakan oleh beliau juga tidak kurang memberi kesan sampingan yang negatif, termasuk gangguan terhadap pasaran bon.
Bank Pusat Jepun sedang dalam usaha untuk menarik Jepun keluar daripada deflasi, namun selepas tiga tahun langkah pembelian asset secara besar-besaran masih gagal untuk merangsang inflasi ke arah sasaran 2 peratus. Justeru, sejak September lepas, BoJ merombak rangka kerja dasar kepada sasaran kadar faedah dan bukannya langkah percetakan wang.
Kadar faedah jangka pendek diletakkan pada paras 0.1 peratus dan kadar hasil bon pada sekitar sifar peratus.
Berdasarkan pandangan yang diutarakan pada 8 hingga 16 Mei, 13 daripada 30 ahli ekonomi menjangkakan bahawa Kuroda akan menyambung perkhidmatannya bagi tempoh lima tahun lagi selepas penggal beliau tamat April depan.
Pengarah Eksekutif Masayoshi Amamiya dan Timbalan Gabenor Hiroshi Nakaso juga disebut sebagai calon yang layak menggantikan tempat Kuroda pada masa akan datang.
Kemelut Politik AS Punca Lonjakan Emas Dalam Sesi Asia!
The post Sesiapa Sahaja Yang Menggantikan Tempat Kuroda Bakal Berdepan Kesukaran : Reuters appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2quBoST
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Sesiapa Sahaja Yang Menggantikan Tempat Kuroda Bakal Berdepan Kesukaran : Reuters
Anda sekarang membaca artikel Sesiapa Sahaja Yang Menggantikan Tempat Kuroda Bakal Berdepan Kesukaran : Reuters dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/sesiapa-sahaja-yang-menggantikan-tempat.html
0 Response to "Sesiapa Sahaja Yang Menggantikan Tempat Kuroda Bakal Berdepan Kesukaran : Reuters"
Catat Ulasan