Judul : Sisi besar buah dada terdedah, Izara Aishah anggap ujian Allah
link : Sisi besar buah dada terdedah, Izara Aishah anggap ujian Allah
Sisi besar buah dada terdedah, Izara Aishah anggap ujian Allah
Selepas mendapat kecaman hebat pelakon dan model Izara Aishah membuat permohonan maaf atas tindakannya berpakaian mencolok mata.
Katanya, video memaparkan aksinya berjalan di depan orang ramai dengan pakaian mendedahkan sebahagian buah dadanya itu adalah klip lama, dan bukan ketika menghadiri Anugerah Bintang Popular BH di Putrajaya pada 14 Mei lalu.
“Hai semua, saya mahu meminta maaf kepada keluarga saya, peminat dan semua yang tersinggung dengan video saya menghadiri satu pertunjukan fesyen.
“Ia adalah video lama dan bukan dari Anugerah Bintang Popular baru-baru ini,” katanya.
Izara – atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham – berkata klip video berdurasi kira-kira tiga saat itu muncul kali pertama dalam kumpulan sembang WhatsApp pada Sabtu lalu.
Assalamualaikum and good morning. http://pic.twitter.com/RsvX4yO2QX
— Madame Izara (@IzaraAishah) May 15, 2017
Katanya, ia tersebar beberapa minggu selepas dia mengesahkan akan berumahtangga pada akhir tahun ini.
Melalui Twitter, Izara, 24, berkata dia mengambil tanggungjawab atas kecuaian berkenaan walaupun mengakui berasa aib serta sedih apabila ia tersebar.
“Saya memohon kemaafan daripada mana-mana pihak yang tersinggung.
“Saya juga menganggap ini adalah ujian Allah dan satu pengajaran untuk saya,” katanya.
Klip video yang menjadi tular itu memaparkan Izara berjalan di suatu majlis keraian yang tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikhnya.
Disebabkan kemunculan itu berlaku sejurus selepas ABPBH sesetengah pihak menganggap dia berpakaian begitu pada majlis berkenaan.
Kelihatan berbaju putih, belahan besar pada bahagian sisi membolehkan tepi buah dadanya terdedah kepada umum.
“Saya ada tanggungjawab kepada peminat saya, dan akan menunjukkan contoh teladan lebih baik pada masa depan,” katanya lagi.
Izara adalah selebriti berdarah kacukan Melayu dan Pakistan. Dia membuat kemunculan pertama sebagai pelakon pada 2011.
Anak kelahiran Kampung Bakar Batu di Johor Bahru itu pernah membintangi beberapa filem. Antaranya ialah Balun, Pilot Cafe dan J Revolusi.
Sumber: Malaysiakini
Sumber Sisi besar buah dada terdedah, Izara Aishah anggap ujian Allah
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rmyhwu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Sisi besar buah dada terdedah, Izara Aishah anggap ujian Allah
Anda sekarang membaca artikel Sisi besar buah dada terdedah, Izara Aishah anggap ujian Allah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/sisi-besar-buah-dada-terdedah-izara_16.html
0 Response to "Sisi besar buah dada terdedah, Izara Aishah anggap ujian Allah"
Catat Ulasan