Loading...
Judul : SKMM Tingkat Sistem Keselamatan Siber Negara
link : SKMM Tingkat Sistem Keselamatan Siber Negara
SKMM Tingkat Sistem Keselamatan Siber Negara
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah bersiap sedia dan meningkatkan sistem pertahanan dan keselamatan siber negara susulan ancaman serangan siber Ransomware Wannacry yang melanda dunia sejak Jumaat.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata SKMM setakat ini belum menerima sebarang laporan rasmi mengenai serangan virus siber itu di negara ini walaupun beberapa media melaporkan mengenai serangan itu.
“Buat masa ini, kita belum lagi menerima lagi laporan ancaman namun kita dimaklumkan menerusi media, terdapat 10 laporan serangan tersebut di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sepetang Mesra Bersama Karyawan Seni anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) hari ini.
Sebelum ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengesan ancaman serangan siber Ransomware Wannacry sedang berleluasa di seluruh dunia yang mana ia menyekat akses kepada data di dalam komputer yang dijangkitinya.
Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab mengesahkan hanya satu laporan rasmi berhubung serangan itu diterima setakat ini, namun agensi itu percaya lebih banyak kes berlaku tetapi tidak dilaporkan kepada mereka.
Terdahulu dalam ucapannya, Salleh meminta LHDN, Finas dan persatuan membabitkan artis dan selebriti bekerjasama membantu golongan tersebut dalam menangani isu-isu berkaitan percukaian.
Beliau berkata ini bagi membolehkan golongan tersebut mendapat penjelasan dan maklumat lanjut berkaitan percukaian bagi mengelak sebarang masalah termasuk isu tidak membayar cukai.
“Perlu ada persefahaman. Tidak ramai yang tahu, industri hiburan ini berbeza, ada yang tidak mempunyai pendapatan tetap, ada yang menggunakan pendapatan untuk kebajikan, ada yang menggunakan pendapatan membeli pakaian dan sebagainya.
“Jadi saya fikir, seharusnya ada jalan penyelesaian antara kedua-dua pihak, janganlah terlalu ketat, elok ada fleksibiliti. Dialog seperti ini bagus dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul,” katanya.
Justeru, beliau mencadangkan agar karyawan dan penggiat seni diberi kelonggaran untuk pembayaran cukai memandangkan pendapatan golongan itu yang tidak tetap. – BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pIh03z
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel SKMM Tingkat Sistem Keselamatan Siber Negara
Sekianlah artikel SKMM Tingkat Sistem Keselamatan Siber Negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SKMM Tingkat Sistem Keselamatan Siber Negara dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/skmm-tingkat-sistem-keselamatan-siber_16.html
0 Response to "SKMM Tingkat Sistem Keselamatan Siber Negara"
Catat Ulasan